Utusan Borneo (Sarawak)

Isu rasuah: SPRM mengesahka­n buat pemeriksaa­n terhadap enam individu

-

ALOR SETAR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) negeri mengesahka­n ada melakukan ‘ pemeriksaa­n awal’ terhadap enam individu dalam pasukan bola sepak Kedah berhubung dakwaan menerima rasuah seperti yang tular di media sosial.

Menurut sumber SPRM, pemeriksaa­n awal ke atas keenam- enam individu berkenaan dengan identiti mereka tidak didedahkan, bukanlah berbentuk siasatan secara terbuka, sebaliknya hanya melibatkan temu bual secara tidak formal.

“Ia hanyalah sekadar pertanyaan untuk pengesahan, tidak lebih daripada itu kerana tindakan lanjut untuk mengumpul maklumat masih berterusan,” katanya di sini kelmarin.

Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah ( KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beberapa pemain pasukan Kedah dipanggil SPRM berhubung dakwaan rasuah, menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada 4 Nov lepas.

Menurut sumber itu, sehingga kini SPRM tidak pernah menerima sebarang aduan rasmi daripada manamana pihak berhubung dakwaan tersebut.

Sehubungan itu, manamana pihak yang mempunyai bukti dan maklumat berkaitan untuk tampil membuat aduan rasmi kepada SPRM, kata sumber itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DETIK MANIS: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meraikan kejayaan pasukan Perak menjuarai Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abd Razak ke 55 selepas menundukka­n Terengganu pada perlawanan akhir Divisyen 1 di Stadium Azlan Shah, Ipoh semalam.
— Gambar Bernama DETIK MANIS: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meraikan kejayaan pasukan Perak menjuarai Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abd Razak ke 55 selepas menundukka­n Terengganu pada perlawanan akhir Divisyen 1 di Stadium Azlan Shah, Ipoh semalam.
 ??  ?? AHMAD BASHAH
AHMAD BASHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia