Utusan Borneo (Sarawak)

Tundukkan Terengganu 3-2 pada perlawanan akhir Hoki Piala Razak

-

IPOH: Perak berjaya merampas gelaran juara Kejohanan Hoki Piala Razak 2017 selepas menundukka­n juara bertahan, Terengganu 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Azlan Shah di sini, malam kelmarin.

Gol pertama pasukan Perak hadir menerusi jaringan padang Mohd Najib Abu Hassan pada minit ke-30.

Biarpun ketinggala­n 10, Terengganu tidak mudah menyerah kalah dan ini dibuktikan oleh Faizal Shaari yang memanfaatk­an pukulan sudut penalti bagi menyamakan kedudukan lima minit selepas separuh masa kedua.

Pasukan tuan rumah bagaimanap­un enggan menghampak­an penyokong sekali lagi mendahului menerusi Muhammad Haziq Samsul pada minit ke-53 hasil jaringan padang.

Asakan daripada pasukan lawan terus berganda apabila mendapat satu lagi gol menerusi hasil pukulan sudut penalti oleh Faizal pada minit ke-56.

Hafiz Hanafi muncul wira Perak apabila menjaringk­an gol kemenangan seminit sebelum tamat perlawanan sekali gus memastikan tuan rumah menjulang piala edisi ke-55 selepas memenangin­ya pada 2013 dan 2014.

Sementara itu, Melaka menduduki tempat ketiga Divisyen Satu selepas mengalahka­n Negeri Sembilan dengan kemenangan tipis 1-0.

Terdahulu, Perlis muncul juara Divisyen Dua selepas mengalahka­n Selangor 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsun­g pukul 6 petang tadi di stadium sama, sekali gus layak beraksi di Divisyen Satu pada musim 2018.

Azhad Akmal Mohd Fahmi muncul wira Perlis apabila meledakkan dua gol padang masing-masing pada minit ke-16 dan 52.

Sementara itu, ATM mengalahka­n Pahang 3-4 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia