Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton ikrar tebus kesilapan dapatkan semula mata lengkap kejuaraan berganda

-

SAO PAULO: Lewis Hamilton mengakui mempunyai pelbagai perasaan kelmarin apabila dia menduduki tempat keempat di Grand Prix Brazil selepas dia bermula dari lorong terowong.

Pelumba British berusia 32 tahun itu, yang memenangi kejuaraan dunia keempatnya di Grand Prix Mexico dua minggu lalu, memecut sekitar litar dengan kereta Mercedesny­a untuk mendahului perlumbaan buat seketika di antara pemberhent­ian pendahulu dalam terowong.

Namun, pada akhirnya, dia tidak dapat melengkapk­an pemanduan yang menakjubka­n dengan menjadi pemandu ketiga untuk menaiki podium dari permulaan lorong terowong selepas Kimi Raikonen dari pasukan Ferrari bertahan untuk menduduki tempat ketiga.

Rakannya dalam pasukan Ferrari dan juara empat kali Sebastian Vettel memenangi perlumbaan di hadapan rakan Hamilton dalam pasukan Mercedes, Valtteri Bottas.

“Ia menyeronok­kan,” kata Hamilton d e n g a n senyuman kem u d i - an. “Ia s a m a seperti zaman karting s a y a apabil a saya bermula di belakang.

“Namun saya merosakkan­nya semalam dan meletakkan diri dalam kedudukan terburuk. Saya tahu saya cukup pantas untuk menang dari kedudukan pertama hingga ke bendera dan saya menyukarka­n lagi tugasan bagi diri saya sendiri.

“Apabila saya bangun pada pagi tadi, matlamat saya adalah untuk menebus diri selepas kesilapan saya, membuat pasukan rasa bangga dan mendapatka­n semula mata. Saya cuba menduduki tempat ketiga, tetapi saya kehabisan tayar pada hujungnya.

“Namun saya rasa saya terus menunjukka­n bahawa saya masih ada api dalam hati saya dan saya muda dalam hati dan saya mempunyai banyak lagi perlumbaan di hadapan saya.”

Dua pemandu berjaya menaiki podium dari permulaan ‘pit lane’ – Jarno Trulli untuk Toyota di Grand Prix Australia dan Vettel untuk Red Bull di perlumbaan Abu Dhabi pada 2012.

“Ruang tiada bagi kesilapan jika kita mahu menjadi profesiona­l dan menjadi yang terbaik, tetapi ia berlaku,” ujar Hamilton mengenai kemalangan­nya dalam kelayakan pada Sabtu lepas.

“Ia adalah sebahagian daripada proses berkembang dan saya menikmati tahun yang bersih tanpa sebarang kemalangan dan saya berjaya menangani k e r e - ta.” — AFP PARIS: Penyerang Real Madrid Karim Benzema kelmarin mengakui dia tidak ada harapan untuk bermain di kejohanan bola sepak Piala Dunia pada tahun depan selagi Didier Deschamps terus menjadi jurulatih Perancis.

“Sudah tentulah saya mempercaya­inya (bermain semula untuk Perancis), saya masih mempercaya­inya,” kata Benzema, 29, kepada Canal+.

“Namun ia sudah lebih dua setengah tahun, kita tidak boleh bodoh. Selagi Didier Deschamps masih menjadi jurulatih, saya tidak ada peluang untuk kembali ke pasukan Perancis.”

Benzema, yang menjar- ingkan 27 gol untuk Perancis, kali terakhir bermain untuk pasukan kebangsaan pada Oktober 2015.

Namun dia sama sekali tidak dirindui Deschamps yang membimbing Perancis ke peringkat akhir Euro 2016 dan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Karier antarabang­sa Ben- zema tersangkut apabila dia terbabit dalam skandal ‘pita seks’ yang kini terkenal di mana dia dituduh terlibat dalam usaha untuk memeras ugut seorang lagi bintang Perancis, Mathieu Valbuena.

“Sudah tentulah saya mahu bermain di Piala Dunia, saya mahu memenangi sesuatu bersama negara saya,” kata Benzema yang menambah dia tidak ada hubungan langsung dengan Deschamps.

“Ia buntu. Kami bercakap menerusi telefon sebelum kejohanan Euro tetapi tiada penjelasan diberikan. Selepas itu, dia membelakan­gkan saya.” — AFP

 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia