Utusan Borneo (Sarawak)

Azizulhasn­i gagal mara ke final keirin Piala Dunia

-

KUALA LUMPUR: Pelumbal trek elit negara, Mohd Azizulhasn­i Awang gagal mara ke peringkat akhir pada siri kedua Kejohanan Piala Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) di Manchester, England lewat Ahad (awal Isnin waktu Malaysia).

Pelumba CIMB Pro Cycling Team itu sekadar menduduki tangga ke-10 daripada 12 pelumba pada aksi separuh akhir dengan catatan masa 10.785s, demikian menurut laman sesawang UCI;www.uci.ch.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula gagal melangkah ke pusingan kedua setelah menduduki tempat ketiga pada saringan ketiga pusingan pertama pada kejohanan yang berlangsun­g di HSBC United Kingdom National Cycling Centre.

Hanya dua pelumba terbaik daripada setiap empat saringan, layak secara automatik ke pusingan kedua.

Pelumba Belanda, Matthijs Buchli meraih pingat emas, disusuli pelumba Ukraine, Andrii Vynokurov dengan pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Serpanyol, Juan Peralta Gascon.

Azizulhasn­i, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, bagaimanap­un berpuas hati dengan pencapaian yang dilakar di Manchester serta siri pertama di Pruszkov, Poland, minggu lepas walaupun gagal meraih kedudukan podium.

“Dengan kecederaan buku lali saya yang dialami ketika kemalangan di Poland, saya masih berjaya meneruskan perjuangan saya di Manchester dengan keputusan yang amat memuaskan walaupun tidak dapat menaiki podium.

“Secara peribadi, saya merasakan ini adalah permulaan baik bagi saya sebelum menghadapi Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia pada awal tahun 2018,” kata Azizulhasn­i menerusi laman Instagramn­ya;@ azizulawan­gofficial. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia