Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga atlet remaja bersaing sukan kalistenik di Brunei

-

MIRI: 0Gravity Calistheni­cs Academy membawa tiga atlet remaja sukan kalistenik ke kejohanan peringkat antarabang­sa Bar Rage 4 di Brunei Darussalam.

Atlet- atlet terbabit ialah Fithritur Rahim dan Awang Ahsraf Faiz masing-masing 17 tahun dan Mohd Mustakim, 18, ketiga-tiganya dari Miri menyertai kejohanan di bawah pantauan Bryan Michael.

Setiausaha Kehormat akademi, Syltrie Al-Harir berkata pasukan dari Miri menyertai dua acara iaitu Freestyle dan Bar Wars.

“Tujuan kami menghantar atlet-atlet muda kali ini untuk memberi banyak pendedahan agar mereka dapat belajar dan menimba pengalaman baharu.

“Pada masa sama, akademi kami masih mencari bakat- bakat anak muda menyertai sukan kalistenik serta golongan dewasa menyertai kategori Bar Wars,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Syltrie berkata, untuk kejohanan kali ini Bryan meraih tempat keempat daripada kalangan 12 peserta bagi kategori Bar Wars.

“Menurut Bryan, berada di tempat ke empat sudah memuaskan kerana itu adat pertanding­an tambahan pula saingan cukup hebat semua atlet bertanding.

“Bryan juga masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pada kejohanan kalistenik lalu menyebabka­n menjadi salah satu faktor beliau tewas kali ini,” katanya.

Menurutnya, Bryan berehat mengikuti manamana kejohanan namun masih melakukan latihan ringan dan tetap membawa atlet muda mengikuti menyertai kejohanan nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia