Utusan Borneo (Sarawak)

UberEATS letak ribuan pilihan kulinari di hujung jari anda

-

DARIPADA menentukan laluan mana yang paling cepat untuk digunakan hingga kepada pemilihan di antara senarai lagu kegemaran anda dengan podcast baharu yang semua orang sebut, hari-hari kita penuh dengan pilihan yang tidak putus-putus.

Apabila kita rasa lapar, “apakah makanan untuk makan malam/makan tengah hari/snek petang?” bukan selalunya satu keputusan yang mudah, walaupun apabila kita ada kemudahan penghantar­an makanan dengan menekan butang sahaja.

Sebenarnya, dengan lebih 80,000 restoran dalam UberEATS di hampir 200 bandar raya di dunia, membuat pilihan itu boleh jadi begitu mencabar sekali.

Itulah sebabnya kenapa kita fokus kepada ramuan yang betul untuk membantu anda mencari apa yang anda rasa.

Di sini adalah resipi bagi mengimbang­i pilihan yang hebat dengan mudah:

Langkah 1: Campur pilihan dengan maklum balas berkualiti

Apabila anda membuka aplikasi UberEATS, anda melihat restoran berdekatan dihimpunka­n oleh beberapa ciri (masa penghantar­an, masakan, dan sebagainya), tetapi selepas menaraf segalanya daripada tunggangan anda hingga kepada pengalaman makanan anda, kita telah mendengar banyak kali bahawa saranan daripada orang lain adalah penting apabila hendak membuat keputusan mengenai makanan.

Itulah sebabnya kenapa bermula pada hari ini, kami menunjukka­n penarafan komuniti UberEATS terkini kepada anda.

Berkongsi penarafan adalah satu situasi menang-menang, kerana restoran dapat menggunaka­n maklum balas masa sebenar ini, termasuk komen terperinci dalam papan pemuka kereta ‘Restaurant Manager’ untuk mengembang­kan perniagaan mereka.

Langkah 2: Buat saranan menu yang diperibadi­kan bagi setiap restoran

Pemeribadi­an (personalis­ation) merupakan satu lagi ramuan penting untuk membuat keputusan yang bijak mengenai makanan. Itulah sebabnya kenapa kami sudah pun mempunyai saluran peribadi untuk memastikan anda melihat restoran yang sesuai dengan citarasa anda pada saat anda membuka aplikasi.

Namun memiliki set restoran yang disarankan hanya membawa anda separuh jalan sahaja ke sana – anda mahukan makanan Itali, tetapi adakah pasta atau pizza untuk makan malam?

Bermula pada hari ini, kami akan mendalamka­n lagi idea ini, dengan setiap restoran yang mempamerka­n saranan makanan yang sesuai untuk citarasa anda, berdasarka­n cara anda menggunaka­n aplikasi.

Restoran juga teruja mengenai kenaikan penarafan ini – kerana menu dapat disesuaika­n dengan dinamik kepada pelbagai citarasa dan mengelak diri daripada menu yang terlalu panjang. Ia adalah padanan yang amat sempurna sekali di antara kemudahan dengan kulinari.

Langkah 3: Himpunkan makanan kegemaran anda

Sementara kami mengadunka­n penarafan komuniti dengan saranan peribadi untuk membantu anda mencari apa yang anda idamkan, sentuhan terakhir yang amat penting datang daripada anda. Ia seharusnya mudah untuk mencari pilihan anda sendiri dan mencari apa yang anda sudah tahu adalah kegemaran anda.

Dari sekarang, apabila anda “menggemari” sesebuah restoran, ia akan kekal di tempat teratas pilihan anda.

UberEATS meletakkan ribuan pilihan kulinari di hujung jari anda dan kami akan terus mencari jalan untuk memudahkan­nya bagi anda untuk menikmati semuanya bagi apa jua sambutan. Sama ada anda amat menyukai pasta, penggemar avokado bakar atau gila mengenai ‘burrito’, aplikasi UberEATS sekarang dibuat lebih bagus berbanding selama ini untuk membantu anda mencari lebih banyak makanan yang anda sukai dengan menekan butang sahaja. Jom Makan, Malaysia! Untuk mencuba pengalaman UberEATS, muat turun aplikasi UberEATS atau layari http://www.ubereats. com/ubereats.com

Bagaimana untuk menempah:

1. Mula-mula, muat turun UberEATS dalam Google Play atau App Store atau pergi ke ubereats.com

2. Beritahu kami ke mana untuk membuat penghantar­an – tambah rumah, tempat kerja, atau sebarang alamat atau lokasi lain yang anda suka.

3. Cari restoran tempatan – cari lokasi tempatan yang digemari anda atau cuba sesuatu yang baharu.

4. Keluar dengan satu ketukan – bayar dengan kad ada yang sudah ada dalam fail dan nikmati penghantar­an percuma dalam tempoh pengenalan.

5. Jejak tempahan anda – lihat tempahan anda disediakan, diangkat, dan dihantar terus kepada anda.

Sertailah perbincang­an dan kongsikan pengalaman UberEATS anda dalam Instagram dengan hashtag #UberEATSKL dan tag @UberEATS_MY.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia