Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tumpu pembanguna­n sektor logistik Tingkat kerjasama dengan ASEAN untuk bangunkan persekitar­an cekap, produktif dan mesra perniagaan

-

HONG KONG: Malaysia akan memberi tumpuan ke atas pembanguna­n sektor logistik dan meningkatk­an perkongsia­n logistik dalam kalangan negara anggota ASEAN, China dan Asia Pasifik, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Malaysia komited untuk mewujudkan rangkaian bersepadu dan saling berhubung dengan lancar merentas rangkaian pengangkut­an darat, penerbanga­n dan maritim, termasuk kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan laut.

“Matlamat kami adalah untuk membangunk­an persekitar­an yang cekap, produktif dan mesra perniagaan dalam usaha kami mengubah Malaysia menjadi hab logistik di rantau ini.

“Malah, dalam Laporan Menjalanka­n Perniagaan Bank Dunia 2017, kami berada pada kedudukan ke-23 dari segi memudahnya menjalanka­n perniagaan, daripada 190 ekonomi,” katanya dalam ucapan khas pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia (WCES) ke-9, di sini semalam.

Liow yang juga Penasihat Kehormat kepada WCES, berkata menerusi rangkaian pengangkut­an dan logistik negara yang semakin meningkat, beliau yakin kedudukan Malaysia akan bertambah baik.

Beliau berkata tidak boleh dinafikan lagi bahawa infrastruk­tur pengangkut­an penting untuk mempromosi­kan hubungan yang semakin meningkat antara negara.

“Ia merupakan pemboleh utama yang sudah pasti akan membuka peluang baharu dalam perniagaan. Khususnya, ekonomi membangun di Asia berpeluang meraih manfaat besar, memandangk­an pengembang­an pasaran dan pembentuka­n rangkaian baharu akan menggalakk­an lebih banyak perdaganga­n,” katanya.

Selain itu, Low berkata infrastruk­tur pengangkut­an membuka jalan ke arah perluasan sektor logistik yang lebih kukuh, yang seterusnya menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Menyentuh sidang kemuncak dua hari bertema ‘Menangani Ketidakten­tuan Global: Meneroka Peluang Baharu’, anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, Liow berkata: “Penganjura­n acara antarabang­sa dan persidanga­n seperti WCES sangat bermakna dalam memberi inspirasi kepada kami untuk ber- fikir lebih mendalam dan bekerja keras untuk men- capai integrasi ekonomi.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKA TIRAI: Liow Tiong Lai berucap pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia di Hong Kong, semalam.
— Gambar Bernama PEMBUKA TIRAI: Liow Tiong Lai berucap pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia