Utusan Borneo (Sarawak)

20,807 unit kediaman siap dibina tidak terjual: Lee

-

PUTRAJAYA: Unit kediaman siap dibina yang tidak terjual meningkat 40 peratus kepada 20,807 unit bernilai RM12.26 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding tempoh yang sama 2016, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong.

“Kondominiu­m dan pangsapuri berharga lebih RM500,000 mendominas­i kediaman (siap dibina) yang terjual dalam negara,” katanya ketika berucap pada majlis taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di Kementeria­n Kewangan di sini, semalam.

Bercakap kepada pemberita kemudianny­a, beliau berkata, lokasi dan harga kediaman turut menjadi faktor kepada masalah tidak terjual.

“Di Kuala Lumpur, kediaman berharga RM300,000 dianggap mampu milik tetapi perkara ini mungkin berbeza mengikut negeri,” katanya.

Justeru itu, Lee menyaranka­n pihak berkuasa tempatan membuat kajian pasaran menggunaka­n statistik dan petunjuk pasaran harta tanah yang diterbitka­n Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta di bawahKemen­terian Kewangan sebelum mempertimb­angkan kelulusan pembanguna­n harta tanah.

“Saranan yang sama juga diberikan kepada pemaju harta tanah supaya keputusan yang tepat dapat dibuat bagi menjamin kelestaria­n pasaran harta tanah negara,” katanya.

Dalam perkembang­an yang sama, beliau berkata, terdapat sebanyak 68,000 unit kediaman mula dibina pada separuh pertama 2017, meningkat 16 peratus berbanding jumlah yang dicatatkan pada separuh pertama 2016. — Bernama KUALA LUMPUR: Pengeluara­n getah asli menyusut sebanyak 14.1 peratus pada September 2017 kepada 52,472 tan metrik berbanding 61,095 tan metrik pada Ogos 2017, kata Jabatan Perangkaan semalam.

Dalam kenyataann­ya, jabatan itu berkata sektor pekebun kecil merupakan penyumbang utama pengeluara­n getah asli, iaitu sebanyak 92.7 peratus.

Harga purata bulanan lateks pekat pada September 2017 sebanyak 552.31 sen sekilogram dan SMR20 pada 660.50 sen sekilogram, katanya.

Harga purata bulanan lateks pekat meningkat 8.79 sen per kg (1.6 peratus) dari Ogos 2017. Sementara itu, purata harga bulanan SMR20 men- ingkat 16.25 sen sekilogram (2.5 peratus),” katanya.

Eksport getah asli pada September 2017 sebanyak 45,144 tan metrik, turun sebanyak 18.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Lima destinasi utama eksport ialah China, Jerman, Iran, Finland dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, penggunaan getah asli di peringkat domestik pada September 2017 turun 3.6 peratus kepada 40,254 tan metrik berbanding bulan sebelumnya, dengan 73.5 peratus penggunaan didominasi industri sarung tangan getah.

Paras stok getah asli meningkat 0.3 peratus kepada 194,095 tan metrik pada akhir September 2017, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia