Utusan Borneo (Sarawak)

20 pusingan rundingan, dua tarikh akhir tidak terlaksana, pemimpin campur tangan

-

MANILA: Setelah dua tarikh akhir gagal dipenuhi selepas rundingan hampir lima tahun, pemimpin dari 16 negara akan bertemu buat kali pertama di sini pada Selasa bagi merapatkan jurang dan merealisas­ikan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP).

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata menteri dan pegawai kanan masing-masing telah bertemu sebanyak lapan kali dan 20 kali, namun gagal mewujudkan blok perdaganga­n terbesar dunia, yang merangkumi hampir satu pertiga daripada ekonomi global itu.

“Kami masih berhadapan kesukaran untuk merapatkan jurang besar antara negara peserta. Ada dua pandangan utama...yang pertama tahap cita-cita yang rendah manakala yang kedua, sebahagian besarnya negara maju, bercitacit­a tinggi,” katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan sidang kemuncak yang berkaitan.

Menurut Mustapa, tarikh akhir pertama ialah pada 2016 dan kedua tahun ini, dan menambah para pemimpin melihat kelewatan itu sebagai sesuatu yang serius dan memutuskan untuk bertemu pada Selasa bagi mencari jalan untuk memuktamad­kan perjanjian.

RCEP ialah perjanjian perdaganga­n bebas antara 10 anggota ASEAN dan enam rakan dialog mereka - Australia, China, India, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.

Ia dilancarka­n secara rasmi pada Sidang Kemuncak ASEAN 2012 di Kemboja dan menonjol selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumka­n negaranya menarik diri daripada Perkongsia­n Trans-Pasifik ( TPP) susulan pemilihan presiden tahun lepas.

RCEP mempunyai 3.4 bilion penduduk, dengan jumlah keluaran dalam negara kasar sebanyak AS$ 49.5 trilion atau kira-kira 39 peratus daripada KDNK dunia.

“Bagi TPP, para pemimpin bertemu hampir setiap tahun, dan itulah faktor kejayaanny­a walaupun Trump mengumumka­n pengundura­n negara itu kemudianny­a,” kata Mustapa.

September lepas, laporan media memetik Setiausaha Perdaganga­n Filipina, Ramon Lopez sebagai berkata bahawa menteri- menteri ASEAN bersetuju ke atas beberapa perkara penting bagi memas- tikan kemajuan RCEP, manakala satu lagi laporan menyebut India masih menghadapi tekanan untuk memenuhi sasaran liberalisa­si.

Mustapa juga berkata Menteri Ekonomi ASEAN menandatan­gani Perjanjian Perdaganga­n Bebas ASEANHong Kong, Perjanjian Perdaganga­n Bebas (AHKFTA) China, dan Perjanjian mengenai Pelaburan antara Negara-Negara Anggota ASEAN dan Wilayah Pentadbira­n Khas Hong Kong (AHKIA) hari ini.

Beliau berkata antara lain, pemeteraia­n ke- 13 bagi Malaysia dan ketujuh bagi ASEAN itu akan memberi manfaat besar, termasuk perkhidmat­an profesiona­l memandangk­an Hong Kong mempunyai antara kadar tertinggi di dunia dari segi perkhidmat­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia