Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda diisytihar muflis Jan-Sept 2017 susut kepada 9 orang

-

KUALA LUMPUR: Bilangan generasi muda berumur kurang daripada 30 tahun yang diisytihar­kan muflis bagi tempoh Januari hingga September 2017 disebabkan oleh hutang kad kredit, menyusut kepada sembilan orang, berbanding 22 orang pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata, antara punca utama kemuflisan dalam kalangan generasi muda ialah pengunaan kad kredit melebihi kemampuan masing-masing.

“Dari 2014 sehingga 2016, purata statistik generasi muda yang diisytihar­kan muflis hanyalah 1.1 peratus. Majoriti daripada individu yang muflis akibat hutang kad kredit adalah berumur lebih daripada 30 tahun,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) yang minta Menteri Kewangan menyat- akan jumlah kes kebankrapa­n dalam kalangan generasi muda berkaitan penggunaan kad kredit dan langkah-langkah kerajaan untuk membendung­nya.

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil pelbagai langkah bagi memastikan hanya pengguna yang layak dan berkemampu­an sahaja diberikan kemudahan kad kredit bagi mengawal tahap keterhutan­gan pemegang kad kredit.

Katanya, langkah itu termasuk memperketa­tkan syarat pengeluara­n kad kredit seperti menaikkan pendapatan minimum pemegang kad kredit daripada RM18,000 kepada RM24,000 setahun.

Bagi pemegang kad kredit yang berpendapa­tan RM36,000 setahun atau kurang pula, Othman berkata, mereka hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja dan mempunyai had maksimum kredit tidak melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar.

BNM juga telah mengeluark­an Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggun­gjawab agar institusi kewangan memastikan pinjaman yang diberi adalah berdasarka­n kemampuan individu untuk membayar balik pinjaman tanpa dibelenggu bebanan hutang yang melampau sepanjang tempoh pinjaman.

“Pengeluar kad kredit perlu mengambil kira potongan berkanun (KWSP dan PCB) dan obligasi pembayaran balik hutang semasa sebelum meluluskan permohonan kad kredit.

“Ini akan memastikan peminjam mempunyai penampan kewangan yang mencukupi untuk perbelanja­an sara hidup dan dapat melindungi diri daripada kenaikan kos dan komitmen kewangan yang tidak dijangka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia