Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB sedia 1% daripada untung pracukai untuk CSR pada 2018-2020

-

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd memperuntu­kkan satu peratus daripada keuntungan sebelum cukai kumpulan itu untuk disalurkan kepada Yayasan CIMB bagi melaksanak­an inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di seluruh ASEAN untuk tahun 20182020.

Pengerusin­ya Datuk Seri Nazir Razak berkata sejak penubuhann­ya pada 2007, yayasan itu membelanja­kan kira-kira RM120 juta sepanjang 10 tahun menerusi 962 inisiatif yang memberi manfaat kepada 700,000 orang.

Ini didorong oleh piagam Yayasan bagi mewujudkan impak jangka panjang yang mampan, berdasarka­n tiga teras termasuk pembanguna­n masyarakat, sukan dan pendidikan yang bertujuan untuk memperkasa komuniti yang lebih besar jumlahnya serta mengubah kehidupan.

“Dalam menyambut ulang tahun ke- 10 yayasan itu, kami menimbang semula pendekatan kami kepada CSR dengan memasukkan lima teras utama.

“Yang paling penting ialah peningkata­n perbelanja­an yang dianggarka­n tiga kali lebih tinggi berbanding dari tahun sebelumnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan perayaan ke-10 di sini barubaru ini.

Untuk tahun ini, kumpulan itu dijangka membelanja­kan kira-kira RM23 juta dan pada 2018 kumpulan itu dianggar- kan membelanja­kan sekitar RM65-RM75 juta berdasarka­n komitmen peruntukan baharu bergantung kepada keuntungan kumpulan, katanya.

Nazir berkata kurang daripada segelintir syarikat korporat di Malaysia membelanja­kan lebih daripada satu peratus untuk CSR dan sebahagian besarnya tidak membelanja­kan secukupnya, dan berharap dengan pengumuman CIMB, yang lain juga akan mengikutin­ya.

“CIMB yakin sektor korporat perlu melakukan lebih banyak CSR terutama pada era peningkata­n ketidaksam­aan dan ketidakten­tuan yang menjejaska­n kehidupan,” katanya.

Mengenai sasaran utama lain, Nazir berkata kumpulan itu juga akan mensosiali­sasikan beberapa program terutama berkaitan masyarakat dan be$SMART di Indonesia, Thailand dan Kemboja pada 2018.

Petugas CIMB kini dibenarkan bercuti bergaji sehingga sebulan untuk menyertai aktiviti CSR Yayasan dan lebih banyak sukan remaja seperti berbasikal akan ditaja tahun depan, mencontohi kejayaan skuasy junior, katanya.

Beliau juga berkata CIMB akan memasukkan prinsip baharu yang merangkumi hubungan komuniti pelbagai kaum dan keterangku­man dalam komitmenny­a untuk memastikan ia menyokong integrasi masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia