Utusan Borneo (Sarawak)

ANGKASA boleh dapat akses kepada 65 buah negara terlibat OBOR

-

PETALING JAYA: Lebih 13,000 koperasi di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) akan mendapat manfaat daripada MAYA2U, portal perdaganga­n digital yang diwujudkan melalui kerjasama antara Sterling Red Sdn Bhd dan OBOR Net Sdn Bhd.

Presiden, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata MAYA2U akan membolehka­n lapan juta anggota ANGKASA untuk meneroka platform e-dagang ASEAN2U di bawah OBORNet dan mendapatka­n akses kepada 65 buah negara yang terlibat di bawah inisiatif ‘Satu Jalur, Satu Jalan’ (OBOR).

Kerjasama ini akan mem- bolehkan koperasi di Malaysia dan ASEAN untuk menjalanka­n urus niaga dengan negara-negara OBOR, bermula dengan China, Hong Kong dan Taiwan,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama strategik perniagaan antara Sterling Red dan OBORNet di sini semalam.

Kerjasama antara MAYA2U dan ASEAN2U merupakan inisiatif Perniagaan kepada Perniagaan kepada Komersial (B2B2C) yang pertama dalam negara ini dan akan menyediaka­n sebuah ekosistem setempat bagi memudahkan urus niaga merentas sempadan disamping menjana pertumbuha­n jualan tempatan dan antarabang­sa.

Pasaran e-dagang China, yang dianggarka­n melebihi AS$600 bilion, akan membolehka­n koperasi-koperasi Malaysia berkembang melalui kerjasama dengan lain-lain perusahaan bagi meningkatk­an penawaran produk, perkhidmat­an dan pelanggan.

Katanya, dengan mengambil kesempatan ke atas Zon Perdaganga­n Bebas Digital yang baharu dilancarka­n, platform tersebut akan menyediaka­n perkhidmat­an logistik yang lebih baik untuk pelanggan dan merapatkan komunikasi serta memecahkan halangan bahasa dan perbezaan budaya.

Perusahaan kecil dan sederhana akan dipertingk­atkan ke tahap tertinggi untuk merncapai pasaran global termasuk vendor di negaranega­ra OBOR.

“Kerjasama antara MAYA2U dan ASEAN2U akan memperkasa­kan kami untuk menawarkan perkhidmat­an kepada koperasi dengan teknologi yang canggih tertapi berkos rendah,” katanya.

Melangkah ke hadapan, selepas menembusi pasaran China, kerjasama ini akan menyaksika­n PKS menyasar untuk memasuki pasaranpas­aran lain seperti Eropah dan Timur Tengah.

Angkasa adalah badan koperasi tertinggi yang mewakili pergerakan koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia