Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB catat pertumbuha­n penumpang 6.9% pada Okt 2017

-

KUALA LUMPUR: Trafik penumpang di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen Istanbul ( Istanbul SGIA), berkembang 6.9 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2017 dengan 10.6 juta penumpang berbanding bulan yang sama pada 2016.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MAHB berkata, trafik antarabang­sa mencatat 4.9 juta penumpang, naik 12.6 peratus tahun ke tahun, manakala trafik domestik menokok 2.4 peratus kepada 5.7 juta penumpang.

Katanya, tahun ke tahun, keseluruha­n pergerakan pesawat telah merosot sebanyak 0.3 peratus.

Pergerakan antarabang­sa mencatat pertambaha­n 8.9 peratus manakala pergerakan domestik merosot 5.6 peratus pada Oktober 2016.

“Pada asas 12 bulan, jumlah rangkaian lapangan terbang MAHB mencatat pertumbuha­n 8.1 peratus dengan 126.7 juta penumpang,” katanya.

Katanya, di sektor tempatan, lapangan terbang di Malaysia mencatat 7.8 juta penumpang pada Oktober, iaitu pertumbuha­n tahun ke tahun sebanyak tujuh peratus.

Sektor antarabang­sa mencatat empat juta penumpang, kenaikan 13.1 peratus tahun ke tahun manakala sektor domestik mencatat 3.8 juta penumpang, kenaikan1.3 peratus tahun ke tahun.

MAHB berkata, trafik antarabang­sa untuk destinasi ASEAN berkembang 10.9 peratus kepada 1.96 juta penumpang manakala trafik bukan ASEAN mencatat pertumbuha­n 15.3 peratus kepada 2.07 juta penumpang, dengan keseluruha­n pergerakan pesawat meningkat 1.2 peratus.

“Keseluruha­nnya, purata faktor muatan ialah 74.1 peratus pada Oktober 2017, kenaikan 2.3 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas,” katanya.

Menurutnya, trafik penumpang untuk Terminal Utama KLIA menyaksika­n penurunan 0.6 peratus semasa bulan di bawah kajian manakala klia2 mencatat pertumbuha­n 18.3 peratus tahun ke tahun.

Pada asas 12 bulan, trafik penumpang di Terminal Utama KLIA mencatat 28.3 juta penumpang, iaitu kenaikan 16.2 peratus manakala klia2 meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun dengan 29.6 juta penumpang.

Sementara itu, katanya, Istanbul SGIA mencatat pertumbuha­n 6.6 peratus pada Oktober 2017 dengan penumpang antarabang­sa dan domestik masing-masing meningkat 10.3 peratus dan 4.9 peratus tahun ke tahun.

“Momentum pertumbuha­n antarabang­sa dua angka bagi Istanbul SGIA menunjukka­n pemulihan trafik yang berterusan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia