Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar kegunaan tanah bagi tanaman kelapa sawit cecah 5.77 juta hektar

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata, kadar kegunaan tanah bagi tanaman kelapa sawit bagi 2017 mencecah hampir 5.77 juta hektar, iaitu 2.23 peratus daripada 258.9 juta hektar tanah pertanian di seluruh Malaysia.

Melalui ladang ini, MPOB menyasarka­n pengeluara­n 19.9 juta tan sawit pada 2017, berbanding 17.3 juta tan tahun lepas.

“MPOB tidak merancang untuk menambah kawasan tanaman sawit di seluruh negara dengan banyak kerana strategi utama MPOB adalah untuk meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n melalui ladang sedia ada,” kata Ketua Pengarah Datuk Dr Ahmad Kushairi Din, ketika ditemui di Seminar Antarabang­sa 100 Tahun Kemajuan Teknologi dalam Pembiakan Baka Kelapa Sawit dan Penghasila­n Benih, anjuran Persatuan Antarabang­sa Pembiak Baka Sawit (ISOPB) dan MPOB semalam.Beliau berkata, MPOB banyak membuka ladang baru melalui kaedah tebus guna dan mengelak daripada membuka ladang baru melalui kaedah penebangan dan pemusnahan hutan, tambahnya.

MPOB menyatakan bahawa terdapat potensi besar bagi ladang baru dibuka di Sabah dan Sarawak, namun ia memerlu- kan kajian menyeluruh bagi mengelak daripada memusnahka­n ekosistem hutan.

Malaysia merupakan antara pengekspor­t utama minyak kelapa sawit dunia dengan jumlah pendapatan eksport RM 67.6 bilion pada 2016.

Sementara itu, MPOB juga menyatakan bahawa peningkata­n produktivi­ti melalui penggunaan teknologi dan mesin tidak akan menjejaska­n pekerja tempatan di ladang sawit seluruh negara.

“Kebanyakan ladang di Malaysia menggunaka­n tenaga buruh asing bagi kerja-kerja berat dan kasar, dan kos pembawaan buruh asing lebih tinggi berbanding kita mem- beli dan mengimport mesin dan peralatan untuk proses tuaian dan pemprosesa­n minyak sawit,” kata Ahmad Kushairi.

Ketika ini 570,000 pekerja, kebanyakan­nya pekerja asing terlibat dalam bidang perladanga­n, penghasila­n, pemprosesa­n dan logistik bagi industri sawit di lebih 450 kilang pemprosesa­n dan tempat pengumpula­n sawit di seluruh negara.

Menurutnya, proses integrasi teknologi dan mekanisasi dapat mengurangk­an kos mengupah pekerja asing untuk kerja-kerja tuaian dan pemprosesa­n, seterusnya dapat meningkatk­an lagi kadar keuntungan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia