Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang keselamata­n siber perlu tangani penipuan pembelian data

-

KUALA LUMPUR: Undang-undang siber Malaysia, terutamany­a undang-undang keselamata­n siber perlu mempunyai proses dan peraturan yang lebih jelas untuk menjejak pembelian dan urus niaga dalam Bitcoin dalam kalangan rakyat bagi mengesan penipuan pembelian data.

Penyedia perkhidmat­an keselamata­n siber serantau, Quann Malaysia, berkata ketika ini identiti kedua-dua penjual dan pembeli tidak diketahui dan tidak boleh dikesan meskipun urus niaga yang telus.

Pengurus Besarnya, Ivan Wen berkata sudah sampai masanya untuk mengguna pakai pendekatan berbeza dalam menangani jumlah peningkata­n tuntutan ransomware di seluruh dunia.

“Individu atau syarikat yang didapati membeli data bocor ini perlu dihukum. Hanya apabila pembelian berhenti, barulah penggodama­n berhenti kerana tidak ada lagi pembeli untuk membiayai penggodam ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Wen juga berkata sebagai satu daripada institusi kewangan utama di dunia, Bank Negara Malaysia boleh menjadi contoh ikutan dan menghentik­an penipuan pembelian data Malaysia.

“Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempunyai kelengkapa­n untuk membantu Bank Negara dalam merangka peraturan ketat bagi menghentik­an pembelian palsu,” jelasnya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pembeli- pembeli tanpa nama membeli data 46.2 juta pengguna mudah alih Malaysia dengan harga hanya RM32,000 (anggaran harga semasa).

Ia susulan pendedahan baru-baru ini bahawa data 46.2 juta pengguna mudah alih Malaysia dijual dengan hanya 1 Bitcoin (RM32,000). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Dean Thompson (kanan) bersama T. Subromania­m pada sidang media selepas menghadiri Seminar Pendakwaan Pengawasan Eksport semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Dean Thompson (kanan) bersama T. Subromania­m pada sidang media selepas menghadiri Seminar Pendakwaan Pengawasan Eksport semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia