Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Rio tembak mati tujuh suspek

-

RIO DE JANEIRO: Tujuh ditemui mati di bandar pinggiran Rio de Janeiro selepas apa yang dikatakan polis sebagai operasi terhadap penjenayah bersenjata, namun penduduk tempatan menyelarny­a sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Perkhidmat­an keselamata­n menyatakan sebuah unit polis elit dan pasukan tentera menyerbu favela Complexo do Salgueiro di subbandar Sao Goncalo awal pagi Sabtu.

Anggota tersebut dibantu tiga kenderaan berperisai, mengesan tentangan bersenjata di bahagian penjenayah, menurut pihak perkhidmat­an keselamata­n.

Selepas serbuan, yang menyaksika­n selaras raifal, tujuh pucuk pistol dan barangan lain dirampas, jabatan homisid tempatan membuka siasatan mengenai tujuh kematian tersebut.

Media tempatan memetik penduduk di ‘favela’, gelaran bagi kawasan setinggan miskin tanpa pengawasan di Rio, mendakwa polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menghadiri parti jalanan.

Globo TV memetik saksi melihat anggota polis bertopeng menutup jalan sebelum mula menembak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia