Utusan Borneo (Sarawak)

Serang balai polis, dua anggota radikal Sumatera ditembak mati

-

JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati dua lelaki yang disyaki membakar sebuah kompleks balai polis dalam satu serangan yang didorong oleh pelampau selepas suspek menembak mereka dengan busur dan panah, kata pegawai semalam.

Semua bangunan utama di ibu pejabat polis dalam daerah Dharmasray­a di Sumatara Barat musnah dalam serangan kelmarin.

Tiada kematian lain dilaporkan.

“Kami sedang menyiasat kaitan di antara kebakaran itu dan dua pengganas yang terbunuh,” kata jurucakap polis negara Rikwanto, yang menambah, mesej pelampau ditulis pada sehelai kertas yang dijumpai pada salah seorang suspek.

Beliau menambah anggota bomba menjumpai dua suspek dekatkompl­eksberkena­andan melaporkan mereka kepada polis. Suspek cuba menembak polis dengan busur dan panah dan ditembak mati.

Polis dan bangunan polis merupakan sasaran utama bagi puak militan di Indonesia sejak sekian lama, kerana operasi berterusan oleh pasukan anti-terorisme ke atas golongan radikal tempatan.

Detasmen 88, yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai ‘ Densus 88’, berjaya membantera­s atau melemahkan banyak rangkaian radikal Islam. Namun negara majoriti Muslim terbesar di dunia itu telah menyaksika­n kemunculan semula fahaman radikal, didorong sebahagian besarnya oleh kumpulan Islamic State (IS).

Beberapa serangan berskala kecil sejak awal 2016 telah dikaitkan dengan IS, yang dipercayai mempunyai ribuan penyokong di negara kepulauan itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia