Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki gilis pelajar China didakwa

-

TOULOUSE: Seorang lelaki yang sengaja melanggar keretanya ke arah sekumpulan pejalan kaki, mencederak­an tiga pelajar China, telah didakwa kelmarin dengan cubaan membunuh dan ditempatka­ndalampena­hanan sementara, menurut seorang pendakwa raya.

Lelaki berusia 28 tahun, dengan satu sejarah masalah psikiatrik, hadir di depan seorang hakim di bandar selatan Toulouse yang meletakkan dia dalam tahanan, menurut pendakwa raya Pierre-Yves Couilleau, sambil menambah bahawa lelaki itu bertegas dengan satu kenyataan awal bahawa suarasuara di dalam kepalanya telah menyebabka­n tindakanny­a.

Suspek, seorang lelaki bujang yang tinggal bersama dengan ibunya di Blagnac, subbandar di Toulouse di barat daya Perancis, sebelum ini mengalami masalah psikiatri teruk tetapi dibebaskan dari hospital atas arahan mahkamah pada Disember 2016.

Insiden pada Jumaat lepas telah menyebabka­n dua orang pelajar dimasukkan ke hospital, dalam usia awal 20an, dari Sekolah Perniagaan Antarabang­sa di bandar ini namun pihak pendakwa raya menyatakan keadaan mereka adalah tidak serius.

Mangsa yang lain telah meninggalk­an hospital pada Jumaat lepas begitu juga dengan seorang pelajar Perancis berusia 23 tahun yang mengalami kejutan selepas menyaksika­n insiden tersebut.

Suspek mempunyai satu rekod jenayah termasuk dadah dan rompakan bersenjata yang telah menyebabka­nnya berdepan dengan dua hukuman yang ditangguhk­an dan satu arahan agar mendapatka­n rawatan psikiatri yang telah dijalaniny­a, menurut pihak pendakwaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia