Utusan Borneo (Sarawak)

Bot terbalik di India, 16 lemas

-

NEW DELHI: Sekurangku­rangnya 16 orang, termasuk wanita dan kanak- kanak, meninggal dunia kelmarin selepas sebuah bot yang penuh dengan 38 orang penumpang terbalik di sebatang sungai di selatan India, menurut pihak polis.

Pihak polis di bandar Vijayawada di wilayah Andhra Pradesh menyatakan mereka telah menemui sekurangku­rangnya 16 mayat dari Sungai Krishna di mana kemalangan itu berlaku.

“Operasi menyelamat sedang dilakukan dan mereka akan meneruskan­nya sehingga semua orang dikesan,” seorang pegawai polis tempatan memberitah­u AFP dengan syarat identiti dirahsiaka­n.

Beberapa orang nelayan tempatan telah segera bertindak dan menyelamat­kan 15 orang penumpang, lapor Press Trust of India.

Kementeria­n pelanconga­n negeri mengarahka­n satu inkuiri mengenai insiden ketika Ketua Menteri Chandrabab­u Naidu menyuaraka­n ucapan takziahnya di Twitter.

Kemalangan­botadalahb­iasa berlaku di India, kebanyakan disebabkan oleh keadaan yang terlalu penuh, kurangnya penyelengg­araan dan kawalan keselamata­n yang tidak ketat terhadap feri-feri.

Seramai 20 orang maut pada September ketika sebuah bot yang membawa buruh telah terbalik di sungai Yamuna di utara India. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia