Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis kecil maut nahas perlumbaan

-

SYDNEY: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun mati dalam nahas kereta semasa pusingan saringan rasmi pertamanya dalam acara ‘junior dragster’ di ibu negeri Australia Barat Perth, kata polis semalam.

Anita Board cuba melayakkan diri untuk lesen perlumbaan ‘ junior’ dalam kereta ‘dragster’ ungu miliknya yang dinamakan ‘Pony Power’ pada Sabtu lalu apabila melanggar tembok simen pada penghujung saringan, lapor media tempatan.

Mangsa baharu menyambut hari jadi kelapan pada Khamis, sekali gus mencecah usia minimumunt­ukmendapat­kan lesen dan berlumba dalam ‘dragster’ 210cc.

Polis berkata, mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal sebelum maut kelmarin.

“Malangnya seorang kanakkanak perempuan berusia lapan tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kwinana Motorplex telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya,” kata polsi yang menyiasat punca nahas.

Keluarga Ani ta sememangny­a terlibat dalam perlumbaan ‘ drag’ dan laman Facebook mereka memaparkan beberapa gambar Anita berpakaian lumba di samping beberapa ‘dragster’.

Bapanya Ian memaparkan mesej dalam laman tersebut kelmarin menyatakan ‘hatinya remuk redam’.

Pertubuhan Lumba ‘Drag’ Kebangsaan berkata, mereka membantu siasatan polis manakala pemangku perdana menteri membangkit­kan kemungkin menetapkan sekatan baharu dalam perlumbaan kanak-kanak.

Mike Sprlyan daripada pertubuhan Junior Dragster Australia memberitah­u media tempatan di Perth bahawa perlumbaan kanakkanak melibatkan mereka yang berusia lapan hingga 17 tahun, dengan peserta baharu seperti Anita mampu mencapai kelajuan hingga 50 kilometer sejam. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Gambar serahan Junior Dragster Australia yang dirakam pada 14 Oktober lalu menunjukka­n Board bersama kereta lumbanya.
— Gambar AFP MALANG: Gambar serahan Junior Dragster Australia yang dirakam pada 14 Oktober lalu menunjukka­n Board bersama kereta lumbanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia