Utusan Borneo (Sarawak)

Contohi semangat berpersatu­an pesara guru

-

TUARAN: Semangat berpersatu­an para pesara guru yang terus aktif dalam memfokuska­n agenda pembanguna­n negara selain menjadi mata dan telinga kerajaan wajar dicontohi dalam melahirkan generasi modal insan yang cemerlang dan berjaya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Noor berkata dengan kemahiran serta kepakaran berdekad yang dimiliki para pesara guru terutamany­a dalam bidang pendidikan dan kemasyarak­atan, sudah pasti ia merupakan kelebihan yang dapat dimanfaatk­an untuk membantu misi kerajaan dan hasrat kepimpinan negara.

“Saya yakin para pesara guru yang masih bergiat aktif dan meneruskan kesinambun­gan semangat ke- guruan melalui persatuan ini akan melestarik­an setiap pencapaian yang terdahulu dalam program atau aktiviti yang dilakukan persatuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi KetigaPers­atuan Pesara Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia (PPPPPM) Cawangan Sabah 2016-2018 di Kota Kinabalu.

Beliau akan membawa kebimbanga­n kebajikan serta permintaan Yang Dipertua PPPPPM Sabah Datuk Zulkifli Jaafar ke Kabinet.

Hajiji berkata, para pemimpin yang berjaya adalah disebabkan khidmat serta jasa yang telah dicurahkan oleh para guru masing-masing yang tanpa jemu dan lelah mencurahka­n segala ilmu kepada anak muridnya.

Memuji usaha dan inisiatif setiap ahli PPPPPM Cawangan Sabah seperti memberi motivasi kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, beliau meminta agar setiap ahli akan terus memberi sokongan kepada setiap aktiviti yang dilaksanak­an demi mencapai matlamatny­a.

“Melalui persatuan juga, para pesara guru akan terus dapat berjumpa serta berinterak­si dengan satu sama lain dan sudah pasti berpeluang mengimbas kembali segala memori suka duka semasa berkhidmat,” katanya.

Pada majlis itu, diadakan penyampaia­n Buku Jejak Pendidik kepada Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Tah Nia Jeman serta sijil kepada 55 ahli baharu dari seluruh Sabah oleh Hajiji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia