Utusan Borneo (Sarawak)

RUMAH PUSAT PERJUMPAAN KETUA MASYARAKAT RUNTUH

-

MIRI: Sebuah rumah dibina khas sebagai pusat perjumpaan ketua masyarakat dengan penduduk kampung di Kampung Lereng Bukit di sini runtuh selepas berlaku tanah susur semalam.

Ketika kejadian sekitar jam 11 pagi semalam, tiada orang berada di rumah kosong tersebut.

Kejadian dipercayai akibat hujan lebat sejak malam kelmarin sehingga awal pagi semalam menyebabka­n struktur tanah di kawasan itu agak lembap dan susur.

Balai Bomba dan Penyelamat Miri menerima arahan daripada PBT Razali Junih mengenai kejadiaan tanah susur di Kampung Lereng Bukit jam 11 pagi semalam bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera bomba serta 11 anggota.

Bomba tiba di lokasi jam 11.02 pagi mendapati sebuah pondok kosong berukuran 12 kaki x 28 kaki didirikan di atas parit dan dijadikan tempat perjumpaan penghulu kampung bersama penduduk runtuh.

Bomba kemudian melakukan pemantuan sekitar kawasan dan menasihati pemilik bahawa pondok tersebut tidak selamat digunakan.

Kejadian itu tiada melibatkan sebarang kecederaan dan jumlah kerugian masih disiasat.

 ??  ?? RUNTUH: Rumah kosong dijadikan tempat perjumpaan penduduk kampung runtuh akibat tanah susur di Miri semalam.
RUNTUH: Rumah kosong dijadikan tempat perjumpaan penduduk kampung runtuh akibat tanah susur di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia