Wartawan British-Iran tertekan di Tehran
WASHINGTON: Seminggu selepas kejadian tembakan beramai- ramai terburuk dalam sejarah Texas, ratusan berkumpul berhampiran dengan First Baptist Church diSutherland Springs bagi upacara sembahyang pagi Ahad ketika orang ramai yang berkabung cuba menyembuhkan diri dengan berdoa.
Diadakan di dalam sebuah khemah putih besar di sebuah padang besbol beberapa blok dari gereja, kira-kira 700 mendengar khutbah paderi Frank Pomeroy dan menyanyikan lagu- lagu rohani, menurut laporan media tempatan.
“Saya mengenali semua orang yang menyerahkan nyawa mereka pada hari tersebut.
“Sebahagian daripada mereka adalah teman baik saya, dan juga anak perempuan saya,” Pomeroy menyatakan dengan penuh emosi kepada para jemaah, lapor San Antonio ExpressNews.
Anak perempuan Pomeroy, Annabelle Renee Pomeroy, 14, salah seorang daripada 26 orang yang terkorban pada 5 November ketika lelaki bersenjata Devin Kelley melepaskan tembakan dengan raifal serangan di gereja, 30 batu tenggara San Antonio.
“Saya percaya mereka sedang menari bersama dengan Jesus pada hari ini,” tambah paderi tersebut, turut disertai Senator John Cornyn dan paderi tempatan Mark Collins.
Orang ramai, yang termasuk mangsa dan keluarga mereka, setiap seorang menerima sekeping kertas doa bercetak yang diletakkan dalam beg plastik, lapor ExpressNews.
“Tuhan, sembuhkanlah kesakitan, berada di samping mereka yang bersendirian selepas kehilangan orang tersayang mereka.
“Berikan mereka kekuatan untuk meneruskan hidup,” menurutnya.
Lewat kelmarin, tugu penghormatan sementara dibuka di dalam gereja.
Dibersih, dikemas dan dicat sepenuhnya dengan warna putih oleh anggota sukarelawan, ia mempunyai 26 kerusi kosong, ditemani dengan rakaman khutbah sebelum ini yang dipasang sebagai latar belakang.
Nama mangsa yang ditulis dengan warna emas dan disusun di tempat di mana mereka duduk semasa sembahyang, setiap satu kerusi turut dihiasi dengan sekuntum bunga mawar.
“Saya tidak pernah melihat ini dilakukan dalam kejadian buruk lain.
“Namun saya ingin dunia untuk mengetahui bahawa bangunan itu akan dibuka supaya semua orang yang masuk ke dalam sana mengetahui bahawa mereka yang terkorban hidup untuk Tuhan dan penyelamat mereka,” menurut Pomeroy, lapor Washington Post.
Penembak tersebut Devin Kelley, 26, telah menerima pemecatan atas kelakuan buruk dari Pasukan tentera Udara AS selepas dihadapkan dalam mahkamah tentera pada 2012 dan disabitkan atas keganasan domestik. — AFP LONDON: S e o r a n g wartawan British-Iran yang dipenjarakan di Iran dan tersorot dalam kontroversi politik di Britain telah menjalani pemeriksaan bagi kanser payudara ketika keadaan emosinya bertambah teruk, menurut suaminya kelmarin.
Nazanin Zaghari-Ratcliffe hampir hilang akal selepas dibawa ke hospital Iranmehr di Tehran bagi pemeriksaan pakar untuk bonjolan baharu, menurut Richard Ratcliffe.
Zaghari- Ratcliffe sudah berbulan-bulan mengadu rasa ngilu tajam pada payudaranya, yang akhirnya membawa kepada pemeriksaan ultra bunyi Sabtu lepas dan ubatubatan diberikan sebelum rundingan susulan hujung minggu depan, jelas beliau.
Selepas berbual dengan isterinya melalui telefon kelmarin, Ratcliffe menambah beliau bimbang isterinya gagal mengawal emosinya selepas penahanan diteruskan.
“Apa yang jelas kesan 20 bulan terakhir di penjara amat ketara dan akan menjadi satu perjalanan pulang yang panjang,” menurut beliau.
Zaghari- Ratcliffe, yang bekerja dengan Thomson Reuters Foundation (TRF), bahagian kemanusiaan organisasi media tersebut, ditangkap di lapangan terbang Tehran pada April 2016 dan kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas hasutan.
Dia diancam dengan tuduhan selanjutnya dan p e r b i c a r a a n b a h a r u akan menambahkan lagi hukumannya.
Kesnya menimbulkan ketegangan politik di Britain selepas setiausaha luar Boris Johnson memberitahu jawatan kuasa parlimen bahawa Zaghari- Ratcliffe berada di Iran untuk melatih wartawan.
Keluarganya menegaskan beliau berada di negara itu untuk bercuti, dan etiausaha asing kemudian mengesahkan kepada anggota perundangan bahawa Britain turut mempercayai perkara tersebut.
Sekumpulan ahli politik pembangkang telah menyeru kepada Johnson agar meletakkan jawatan atas kesilapan tersebut.
Ratcliffe, yang telah berkempen dengan tegasnya bagi pembebasan isterinya, mengesahkan beliau menerima satu panggilan telefon yang positif daripada Johnson kelmarin.
P e r b u a l a n m e r e k a berlangsung selama kirakira 20 minit, dan mereka bersetuju untuk bertemu dalam masa beberapa hari akan datang, menurut kepada satu kenyataan daripada ‘Free Nazanin Campaign’.
Ia menambah bahawa Johnson bersetuju untuk melihat secara serius terhadap Ratcliffe menemani beliau dalam satu lawatan akan datang ke Iran, dan bagi mempertimbangkan satu permohonan bagi Zaghari- R a t c l i f f e d i b e r i k a n perlindungan diplomatik.
K e l u a r g a t e r s e b u t mempercayai tindakan, berdasarkan kepada satu pendapat perundangan yang dikemukakan kepada pejabat luar dua bulan kemudian, dapat membantu usaha Britain untuk memastikan beliau dibebaskan di bawah undangundang antarabangsa.
Michael Gove, setiausaha alam sekitar, kelmarin memberitahu BBC bahawa beliau tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh ZaghariRatcliffe di Iran.
Ratcliffe menyatakan keluarga isterinya di Britain telah melihat temu bual itu dan amat marah. — AFP