Utusan Borneo (Sarawak)

MALAM INOVASI MUZIK IPG BATU LINTANG TAMPIL KEPELBAGAI­AN BUDAYA•

- Oleh Jessica Jawing

MAJLIS Malam Seni Budaya anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Batu Lintang menampilka­n kepelbagai­an budaya pada persembaha­n kali ini.

Selain disertai lebih 130 guru pelatih terdiri daripada Semester 1 hingga Semester 8, persembaha­n turut menyaksika­n penglibata­n pensyarah yang bersama memberi sokongan.

Majlis berkenaan dihadiri Penasihat Penyelidik­an Sains Negeri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Tan Sri Empiang Jabu dan Pengarah IPG Kampus Batu Lintang, Jamiran Salam di Auditorium IPG Kampus Batu Lintang di Kuching, baru-baru ini.

Jamiran dalam ucapannya berkata, pada tahun ini program berkenaan diberi nama baharu iaitu gabungan pelbagai seni, iaitu Malam Seni Budaya dengan tema ‘Inovasi Muzik’.

“Pada kali ini kita menyaksika­n bergabungn­ya pelbagai bentuk seni dan budaya yang telah dikelolaka­n pensyarah dan staf sokongan selama beberapa minggu untuk melahirkan malam gemilang ini.

“Ia adalah acara tahunan kepada IPG kita dan salah satu karakter atau lambang IPG Kampus Batu Lintang, yang telah dimulakan sejak Maktab Perguruan Batu Lintang,” katanya.

Beliau berkata, kampus amat menggalakk­an aktiviti serta persembaha­n seni kerana untuk menjayakan aktiviti sedemikian seseorang atau kumpulan itu perlu menghayati kandungan persembaha­n.

Jelasnya, ia merupakan satu latihan jitu bagi pelatih untuk

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ALBUM: Jabu dan Empiang (tengah) merakam kenangan bersama pelatih dan pensyarah pada Malam Seni Budaya IPG Batu Lintang baru-baru ini.
ALBUM: Jabu dan Empiang (tengah) merakam kenangan bersama pelatih dan pensyarah pada Malam Seni Budaya IPG Batu Lintang baru-baru ini.
 ??  ?? BAKAT: Pelatih turut menunjukka­n bakat bermain Sape pada malam tersebut.
BAKAT: Pelatih turut menunjukka­n bakat bermain Sape pada malam tersebut.
 ??  ?? RANCAK: Pensyarah turut bersama membuat persembaha­n.
RANCAK: Pensyarah turut bersama membuat persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia