Utusan Borneo (Sarawak)

IGMS LANCAR PENGANJURA­N SUKSAR

Sistem pengurusan secara atas talian dibangunka­n menerusi kerjasama SSC, UPPN dan SAINS

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Temasya Sukan Sarawak (SukSar) 2017 yang akan berlangsun­g di Kuching dari 14 hingga 17 Disember ini bakal menggunaka­n Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu (IGMS) yang dibangunka­n menerusi kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC), Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri (UPPN) dan Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd (SAINS).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC Dr Ong Kong Swee mengumumka­n perkara tersebut semasa mengadakan mesyuarat mengenai perkara itu di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya baru-baru ini.

Menurut Ong, sistem pengurusan secara atas talian itu akan melicinkan penganjura­n SukSar yang bakal disertai 828 atlet dari seluruh bahagian negeri yang turut diiringi ramai jurulatih dan pegawai setiap kontinjen.

“Semua zon yang mengambil bahagian hampir memuktamad­kan senarai atlet yang akan bertanding dalam pelbagai acara sukan pada SukSar termasuk pegawai kontinjen terbabit,” katanya.

“Walaupun tarikh akhir menghantar senarai nama atlet pada 15 November, kita sudah menerima senarai daripada kontinjen yang mengambil bahagian dan ia petanda baik kesediaan kontinjen untuk bertanding pada SukSar.”

Menurutnya, penggunaan IGMS akan memudahkan SSC merekod latar belakang peserta mengambil bahagian yang mencakupi seramai 220 dari Zon Tengah (Sibu, Kapit, Mukah), 200 dari Zon Utara (Miri, Bintulu, Limbang) dan 172 dari Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman).

Melahirkan rasa puas hati dengan persiapan semua kontinjen, Ong turut menegaskan adalah penting bagi SSC memantau mutu pen- capaian atlet yang terpilih untuk mengekalka­n prestasi mereka pada tahap tertinggi.

IGMS akan memaparkan jadual serta keputusan 14 acara sukan dipertandi­ngkan pada SukSar melibatkan atlet normal dan OKU secara atas talian yang boleh diakses orang awam dan atlet untuk memantau perjalanan sukan tersebut.

Sebanyak 14 acara sukan dipertandi­ngkan pada SukSar iaitu angkat berat, badminton, berbasikal, bola baling, boling padang, judo, karate, memanah, muay, olahraga, rugbi, renang dan sepak takraw wanita.

Ia termasuk empat acara sukan untuk atlet para iaitu renang, olahraga, angkat berat dan memanah.

Kebanyakan acara berlangsun­g di Kompleks Sukan Sarawak, Petra Jaya, termasuk di beberapa venue seperti petanque Pusat Petanque di Santubong, angkat berat di Stadium MBKS, badminton di UNIMAS dan muay di Summer Mall, Kota Samarahan.

Mesyuarat terakhir semua ketua kontinjen akan diadakan pada 30 November ini.

Atlet dan jurulatih akan tinggal di perkampung­an sukan SukSar Kolej Rafflesia, UNIMAS manakala pegawai teknikal dan pasukan tinggal di Pusat Latihan INTAN, Kota Samarahan.

Majlis perasmian akan diadakan pada 14 Disember bertempat di Stadium Perpaduan, Petra Jaya manakala penutupan dijadual pada 17 Disember di venue sama.

Semua zon yang mengambil bahagian hampir memuktamad­kan senarai atlet yang akan bertanding dalam pelbagai acara sukan pada SukSar termasuk pegawai kontinjen terbabit. Dr Ong Kong Swee CEO SSC

 ??  ??
 ??  ?? MESYUARAT: Ong (empat kiri) menyuaraka­n pendapat semasa mesyuarat bersama wakil dari UPPN dan SAINS.
MESYUARAT: Ong (empat kiri) menyuaraka­n pendapat semasa mesyuarat bersama wakil dari UPPN dan SAINS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia