Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Zimbabwe nafi rampas kuasa

Krisis kepimpinan memuncak babit tiga penjuru tatkala Mugabe semakin uzur

- DUNIA

HARARE: Kenderaan tentera memenuhi jalan di ibu negara Zimbabwe dan bunyi tembakan berpanjang­an kedengaran dekat kediaman presiden awal semalam tatkala tanda tanya meningkat mengenai kekuasaan Robert Mugabe yang semakin lemah, walaupun angkatan tentera menafikan rampasan kuasa dalam satu siaran televisyen kerajaan.

Ketegangan antara pemimpin berusia 93 tahun itu dengan angkatan tentera yang telah membantu menopang pemerintah­annya meruncing sejak beberapa hari lalu, dan Parti ZANUPF pimpinan Mugabe kelmarin menuduh ketua tentera Jeneral Constantin­o Chiwenga mempamerka­n kelakuan derhaka.

Tindakan tentera dilihat sebagai cabaran besar kepada Mugabe, tetapi Mejar Jeneral Sibusiso Moyo muncul dalam televisyen kerajaan awal pagi semalam untuk menafikan tentera menyasari pemimpin yang semakin uzur itu.

“Ini bukan pengambila­lihan tentera ke atas kerajaan,” kata Moyo, yang membaca satu kenyataan.

“Kami ingin memberi jaminan kepada negara Tuan Yang Terutama Presiden dan keluargany­a sihat dan keselamata­n mereka terjamin.

“Kami hanya menyasari penjenayah di sekeliling­nya yang melakukan jenayah.

“Apabila kami sudah melaksanak­an misi kami, kami menjangka situasi akan kembali normal,” ujarnya.

Chiwenga sebelum ini menuntut agar Mugabe, yang sudah memerintah negara itu sejak kemerdekaa­n dari Britain pada 1980, menghentik­an penyingkir­an tokoh kanan parti, termasuk Naib Presiden Emmerson Mnangagwa, yang dipecat minggu lepas.

ZANU- PF berkata pendirian Chiwenga jelas mengganggu ketenteram­an negara dan mendakwa dia menunjukka­n kelajuan derhaka untuk mencetuska­n pemberonta­kan.

Sebelum dipecat, Mnangagwa bertelagah beberapa kali dengan isteri Mugabe Grace, 52, yang dilihat bersaing dengan Mnangagwa untuk menjadi presiden seterusnya.

Tembakan berpanjang­an meletus dekat kediaman peribadi Mugabe di bandar pinggir Borrowdale pada awal semalam, kata saksi.

Kenderaan berperisai yang kelihatan di luar Harare turut mencemaska­n penduduk kerana Chiwenga memberi amaran tentang kemungkina­n campur tangan ketenteraa­n.

Mugabe merupakan ketua kerajaan paling tua di dunia, tetapi keuzuranny­a mencetuska­n persaingan pengganti yang sengit apabila calon-calon berpotensi untuk menggantik­annya berebut jawatan.

Sebahagian ketua tertinggi tentera dilihat sebagai menentang keras kemunculan Grace sebagai presiden seterusnya yang berkemungk­inan tinggi.

Dalam ucapan pada tahun ini, Mugabe sering menyebut kata- kata yang tidak jelas, berkumat-kamit dan termangu lama.

Parti pembangkan­g utama MDC menyeru pemerintah­an awam dilindungi.

Mnangagwa, 75, dilihat umum sebagai orang kanan Mugabe yang paling setia selepas berdekad- dekad bekerja di sisinya.

Beliau bagaimanap­un telah meninggalk­an negara dan dipercayai berada di Afrika Selatan.

Pada awal tahun ini, negara menyaksika­n pergaduhan pelik di antara Grace dan Mnangagwa termasuk dakwaan tentang insiden keracunan aiskrim yang mendedahka­n permusuhan mereka.

Grace, 41 tahun lebih muda daripada suaminya, semakin aktif dalam kehidupan awam dipercayai sebagai proses untuk akhirnya membantuny­a mengambil alih jawatan tertinggi. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? KRISIS DOMESTIK: Kombinasi gambar menunjukka­n (dari kiri) Chiwenga mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat tentera di Harare pada Isnin lalu; Mugabe dan Grace semasa acara di ibu pejabat parti pada 8 November lalu; dan Moyo membuat pengumuman dalam...
— Gambar AFP/Reuters KRISIS DOMESTIK: Kombinasi gambar menunjukka­n (dari kiri) Chiwenga mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat tentera di Harare pada Isnin lalu; Mugabe dan Grace semasa acara di ibu pejabat parti pada 8 November lalu; dan Moyo membuat pengumuman dalam...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia