Utusan Borneo (Sarawak)

TERSEPIT, KERETA TERBABAS REMPUH POKOK

-

KUCHING: Seorang wanita terpaksa dikeluarka­n dari dalam kereta oleh anggota bomba akibat tersepit selepas kereta dinaikinya terlibat kemalangan di Jalan Demak Laut di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Semariang dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya menaiki sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun.

Bagaimanap­un, semasa tiba di tempat kejadian, pemandu kereta dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan lain, namun gagal menyebabka­n kereta tersebut terbabas dan berlanggar dengan sebuah kenderaan lain sebelum merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.

“Impak pelanggara­n menyebabka­n mangsa tersepit di dalam kereta dan terpaksa mendapatka­n bantuan daripada pihak bomba untuk mengeluark­an mangsa.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian dan berjaya mengeluark­an mangsa yang seterusnya diserahkan kepada anggota paramedik untuk tindakan selanjutny­a,” kata sumber.

Mangsa telah diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa difahamkan berada dalam keadaan stabil, namun masih menerima rawatan di HUS.

Manakala, pemandu kereta dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu sebuah lagi kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 ??  ?? MENYELAMAT: Anggota bomba sedang berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit di dalam kereta.
MENYELAMAT: Anggota bomba sedang berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit di dalam kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia