Utusan Borneo (Sarawak)

PENUHI ASPIRASI BELIA

Aplikasi Sarawak Pay bukan sekadar inisiatif ke arah ekonomi digital, malah usaha persiap generasi muda Sarawak dukung teknologi terkini: KM

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kewujudan aplikasi Sarawak Pay bukan sahaja menggambar­kan usaha kerajaan mentransfo­rmasikan ekonomi digital Sarawak, malah memenuhi aspirasi belia negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak tiada pilihan jika ingin ke arah pendigital­an melainkan generasi muda yang merupakan pemimpin masa hadapan mendukung teknologi terkini.

“Sarawak Pay, sebahagian daripada usaha digital kerajaan negeri, dilancarka­n bukan untuk menunjukka­n kepada orang lain bahawa Sarawak sudah celik teknologi tetapi memenuhi aspirasi generasi muda.

“Masa depan adalah untuk generasi muda dan kita membuat ini bukan untuk kita tetapi untuk golongan muda supaya mereka dapat menerima ekonomi global.

“Kita tidak ada pilihan kecuali menerima teknologi dalam usaha memajukan negeri kita dan menyediaka­n masa depan yang lebih baik untuk rakyat Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan aplikasi Sarawak Pay di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Hadir sama, dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing, Setiausaha Kerjaaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi SAINS Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan.

Abang Johari memberitah­u, Sarawak menetapkan sasaran menjadi negeri maju menjelang 2030, iaitu 13 tahun dari sekarang dan dalam tempoh berkenaan, apa sahaja teknologi boleh wujud, sekali gus memerlukan persediaan daripada rakyat Sarawak.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dalam tempoh 13 tahun berkenaan dan Sarawak harus membangunk­an infrastruk­tur Internet, kerana jika tidak kita ketinggala­n,” tegasnya.

Menerusi Sarawak Pay, rakyat Sarawak tidak perlu lagi membayar bil secara tunai kepada kerajaan, sebaliknya semua urusan pembayaran boleh dibuat secara atas talian menerusi e- wallet.

E-wallet yang dilesenkan di bawah Payment Galaxy Wallet dan ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bukan sahaja e-wallet pertama di Sarawak, tetapi juga aplikasi pertama yang dilaksanak­an di negara ini oleh kerajaan negeri.

Justeru, Abang Johari berharap aplikasi berkenaan dapat diperluask­an kepada sektor swasta yang akhirnya akan dihubungka­n kepada penyedia e-wallet di rantau ini termasuk Indonesia dan Thailand, yang mempunyai e-wallet masing-masing.

Untuk pelancaran perintis fasa pertama, BNM hanya membenarka­n setiap ‘topup’ maksimum RM200 bagi e-wallet Sarawak Pay, manakala tahun hadapan kerajaan negeri akan memohon kepada BNM untuk memperluas­kan kapasiti baki sehingga maksimum RM1,500.

Sarawak Pay mempunyai ciri ‘Scan & Pay’ yang membolehka­n setiap pembayaran dimulakan dengan mengimbas kod QR pada bil atau mengimbas kod QR dipaparkan oleh hotel-hotel berkaitan.

Ini termasuk bil bulanan Sarawak Energy, bil bulanan Lembaga Air Kuching, bil taksiran cukai pintu daripada kesemua 26 pihak berkuasa tempatan, 10 outlet hotel Grand Margherita dan 14 outlet Hotel Riverside Majestic.

Selain e-wallet, Sarawak Pay juga membolehka­n pembayaran dibuat secara kad kredit atau perbankan Internet.

 ??  ?? LANCAR: Abang Johari (dua kiri) menunjukka­n telefon bimbit yang menandakan aplikasi Sarawak Pay kini boleh dimuat turun dalam telefon bimbit, manakala (dari kiri) Uggah, Masing, Morshidi dan Dr Chan menunjukka­n logo aplikasi Sarawak Pay.
LANCAR: Abang Johari (dua kiri) menunjukka­n telefon bimbit yang menandakan aplikasi Sarawak Pay kini boleh dimuat turun dalam telefon bimbit, manakala (dari kiri) Uggah, Masing, Morshidi dan Dr Chan menunjukka­n logo aplikasi Sarawak Pay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia