Utusan Borneo (Sarawak)

6 PEMANDU TEKSI DICEKUP KETIKA ASYIK JUDI TERUP

-

SIBU: Enam pemandu teksi dicekup ketika sedang seronok membaca daun terup dalam serbuan polis di pondok perhentian pemilik teksi di Jalan Khoo Peng Loong di sini, petang semalam.

Operasi diketuai Inspektor Hairul Hussin bersama anggota D7 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sibu pada jam 2.30 petang itu mendapati enam pemandu terbabit yang berumur antara 52 dan 68 tahun sedang bermain judi daun terup jenis ‘Sie Kie Poi.’

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata, pihaknya telah bertindak merampas 52 keping daun terup dan wang tunai RM185.

Katanya, kesemua pemandu teksi terbabit telah dibawa ke lokap Balai Polis Sentral untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sekitar jam 3 petang semalam, pasukan D7 juga berjaya menangkap seorang lelaki berumur 55 tahun kerana disyaki menjalanka­n aktiviti loteri haram di sebuah premis restoran di Lorong Mahsuri di sini.

Zailanni memberitah­u, suspek yang menjual air minuman di premis berkenaan didapati menggunaka­n sebuah telefon bimbit untuk menjual nombor ekor kepada pelanggann­ya.

Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM404.

“Penjual air minuman tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 4A(a) ARJT 1953,” tambahnya.

 ??  ?? BANTERAS: Anggota polis menyerbu pondok teksi di Jalan Khoo Peng Loong, Sibu petang semalam.
BANTERAS: Anggota polis menyerbu pondok teksi di Jalan Khoo Peng Loong, Sibu petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia