Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku bersalah guna dadah berbahaya

-

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,400 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Choo Joon Then, 44, didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, telah membuat pengakuan bersalahny­a terhadap tuduhan itu di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta merta dikehendak­i menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.30 malam, 11 September 2014 di Balai Polis Pusat Miri.

Dalamkesbe­rasingan,seorang pemuda didenda RM4,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilaku serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Ng Boon Fui, 24, telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh sebagai seorang yang bukan diberi kuasa sah di bawah ADB 1952, didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine seberat 0.10 gram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.30 pagi, 21 Februari tahun ini di sebuah lot di Tudan Fasa 2 di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia