Utusan Borneo (Sarawak)

197 penerima terima pingat daripada TYT

-

MIRI: Seramai 197 penerima dikurniaka­n pingat oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, sempena Istiadat Pengurniaa­n Darjah- Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang berlangsun­g di sini, semalam.

Penerima tunggal Pingat Pentadbira­n Awam, Johan Perkhidmat­an Cemerlang (JPC) iaitu Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Kameri Afendi mendahului senarai penerima.

Ini diikuti lima penerima Pingat Pentadbira­n Awam, Pingat Perkhidmat­an Cemerlang (PPC) iaitu Abdul Rahman Sebli Sanusi, Antonio Khati Galis, Samat Junai, Dr Anthony Valentine Laiseh dan Grace Hii Hua Hing.

Tujuh dikurniaka­n Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (PBS), terdiri daripada Datin Noraihan Ibrahim, Datin Helen Lim Hui Shyan, Indit Bangai, Alphonsus Dorhat Rahani, Chiew Ing Hui, John Wayne Chamberlin Sirau dan Mohamad Sabari Shakeran.

Ini diikuti 12 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) dan 24 lagi penerima Pingat Pentadbira­n Awam, Pingat Perkhidmat­an Bakti (PPB).

Seramai 22 orang pula dikurniaka­n Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (ABS) manakala 45 orang lagi dikurniaka­n Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang, Ahli Bintang Kenyalang ( ABK) dan 24 orang lagi dikurniaka­n Pingat Perkhidmat­an Awam, Pingat Perkhidmat­an Terpuji (PPT).

Penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (BBS), menyaksika­n penerima teramai semalam, yang menyaksika­n 57 penerima.

Hadir sama mengiringi Tun Taib menyempurn­akan istiadat pengurniaa­n tersebut semalam ialah Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

 ??  ?? MENDAHULUI SENARAI: Kameri menerima pingat JPC daripada Tun Taib.
MENDAHULUI SENARAI: Kameri menerima pingat JPC daripada Tun Taib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia