Utusan Borneo (Sarawak)

Jabu penyumbang budaya setia kepada kepimpinan

Beliau setia kepada kepimpinan dalam PBB, kukuhkan perpaduan dalam parti sehingga kini: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu merupakan penyumbang kepada budaya setia kepada kepimpinan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta mengukuhka­n perpaduan dalam parti sehingga hari ini.

Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Jabu yang juga bekas timbalan presiden PBB, menjadi orang nombor dua yang amat setia kepada kepimpinan nombor satu walaupun semasa parti dalam krisis.

“Dalam sesebuah parti harus tiada paksaaan dalam kepimpinan kerana ia tidak akan berkekalan dan boleh membuatkan parti berpecah.

“Namun dalam PBB terutama semasa kepimpinan Tun Taib (Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) sebagai presiden dan Datuk Patinggi Jabu (timbalan presiden) mereka adalah dua pemimpin utama yang mengekalka­n budaya PBB sehingga hari ini.

“Datuk Patinggi Jabu adalah antara yang menyumbang kepada budaya dalam PBB dan saya tidak dapat memberi pandangan bagi yang lain tetapi bagi PBB kita ada budaya itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa melancarka­n buku biografi Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang: ‘Dedication & Loyalty Beyond Compare’, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, Jabu telah mengabdika­n dirinya menjadi orang nombor dua di negeri ini dengan menduduki bukan sahaja sebagai timbalan presiden PBB tetapi sebagai Timbalan Ketua menteri.

“Namun dalam budaya parti kita di PBB, orang nombor dua tiada tumbangmen­umbang (pemimpin nombor satu) tetapi apa yang berlaku di tempat lain saya tidak dapat nak komen.

“Namun kadang-kadang di tempat lain itu orang nombor dua, nombor tiga atau nombor empat akan ‘meninjau’ jawatan bagi nombor satu kerana keinginan mendapat kuasa untuk seseorang,” katanya.

Beliau menegaskan, tetapi dalam PBB kuasa yang ada adalah untuk berkhidmat kepada rakyat yang telah diteruskan sehingga kini.

Mengulas lanjut sumbangan Jabu, beliau berkata pada tahun 1987 semasa parti dalam krisis Jabu merupakan antara pemimpin yang terus setia dan tidak meninggalk­an parti.

Malahan beliau (Jabu) katanya, terus menjadi pemimpin utama bersama Tun Taib yang berjaya mendapatka­n semula ahli parti sehingga ia menjadikan PBB sebagai parti terkuat sehingga hari ini.

“Ini adalah pengorbana­n oleh Datuk Patinggi Jabu yang mahukan perpaduan dalam kalangan komuniti Bumiputera dan saya bersama Datuk Amar Douglas Uggah banyak belajar daripada pengorbana­n beliau.

“Kami bersama-sama akan meneruskan budaya dalam PBB selain memastikan PBB tetap menjadi parti terkuat sehingga kini,” katanya.

Menurut Abang Johari, Jabu juga merupakan pemimpin yang amat mengambil perhatian kepada penduduk luar bandar dengan pelaksanaa­n pendidikan termasuk kepada kaum Penan di Sarawak.

Jelasnya, kunci utama kepada Jabu adalah pendidikan di luar bandar bagi membasmi kemiskinan di luar bandar.

“Kepimpinan serta pengorbana­n yang ditunjukka­n Datuk Patinggi Jabu ini harus dicontohi bukan sahaja pemimpin kita di Sarawak bahkan juga rakan kita dari Semenanjun­g,” katanya.

Dalam sesebuah parti harus tiada paksaaan dalam kepimpinan kerana ia tidak akan berkekalan dan boleh membuatkan parti berpecah. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri merangkap Presiden PBB

 ??  ?? RASMI: Abang Johari memancing bakul berisi buku biografi ‘Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang: Dedication & Loyalty Beyond Compare’. Turut kelihatan Jabu (tiga kiri) dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon...
RASMI: Abang Johari memancing bakul berisi buku biografi ‘Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang: Dedication & Loyalty Beyond Compare’. Turut kelihatan Jabu (tiga kiri) dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia