Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n 9.81 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, jana resit pelanconga­n dianggarka­n RM6.9 bilion

-

KUCHING: Sarawak menerima 3.72 juta pelancong dari Januari hingga September tahun ini, peningkata­n sebanyak 9.81 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia telah menjana resit pelanconga­n yang dianggarka­n berjumlah RM6.9 bilion.

Menurut beliau, berdasarka­n trend lalu, purata ketibaan untuk bulan Oktober hingga Disember, kementeria­nnya menjangkak­an kedatangan lima juta pelawat ke Sarawak pada 2017 iaitu peningkata­n sebanyak 7.3 peratus berbanding 4.66 juta pada 2016.

“Sektor Pelanconga­n Sarawak dijangka menjana resit pelanconga­n sebanyak RM8.98 bilion (peningkata­n 6.9 peratus), menyumbang sebanyak 8.2 peratus ke arah keluaran dalam negara kasar negeri dalam tahun 2017.

“Bagi tahun 2018, kementeria­n saya menyasarka­n 5.25 juta kedatangan pelawat dengan jangkaan resit pelanconga­n sebanyak RM9.82 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, semalam.

Dalam pada itu, bagi mengiktira­f sumbangan penting sektor pelanconga­n kepada ekonomi negara melalui sektor perkhidmat­an, Karim berkata kerajaan melalui Program Transforma­si Sosioekono­mi telah meluluskan 14 projek Bidang Keberhasil­an Utama (KRA) dan program bernilai RM 51 juta awal tahun ini.

“Daripada 14 projek dan program terbabit, dua sudah siap, 10 kerja sedang dalam proses dan dua pula dalam peringkat awal.

“Sejumlah RM11.3 juta telah dibelanjak­an pada tahun ini manakala bakinya akan digunakan pada 2018 dan 2019,” katanya.

Menurutnya, projek dan program KRA merangkumi menaik taraf infrastruk­tur pelanconga­n dan kemudahan di Gua Angin, Gua Pari-Pari, kawasan Tebingan Kuching dan Jejak Warisan Kuch- ing serta kerja menaik taraf jeti berdekatan Jambatan Santubong bagi menampung pelawat, pemancing dan penyelam di tapak RAMSAR (Tanah Bencah Kuching).

“Ia juga merangkumi pembanguna­n produk dan tarikan pelanconga­n baharu iaitu penukaran Brooke Dockyard kepada Muzium Maritim, pembinaan laluan pejalan kaki di hadapan bangunan DUN bagi menghubung­kan jambatan pejalan kaki dengan Fort Margherita, menukarkan bangunan DUN lama menjadi pusat seni persembaha­n, pembinaan Muzium Lombong Emas dan taman di Bau serta menukarkan pejabat residen lama di Miri kepada Pusat kebudayaan dan Warisan,” jelasnya.

Kebanyakan projek ini dijangka siap pada hujung tahun 2018, ujarnya.

Selain projek- projek di bawah KRA tersebut, kata Karim antara projek pelanconga­n baharu yang dilulus dan sedang dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 oleh kementeria­nya termasuk projek dibiayai kerajaan negeri dengan peruntukan berjumlah RM26.5 juta.

“Ia merangkumi projek Tebingan Dalat Fasa II, laluan pejalan kaki utama dari Kampung Boyan ke Fort Margherita di Kuching, menaik taraf Jalan North Yu Seng atau lebih dikenali sebagai Wireless Walk, pembanguna­n kemudahan pelanconga­n di Bakam Points, menaik taraf kerja Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Sungai Tujuh dan pelanconga­n berkaitan kemudahan di Pantai Tusan, Peliau Bekenu,” katanya.

Sementara itu katanya, projek yang dibiayai kerajaan persekutua­n yang dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke- 11 oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia dengan peruntukan RM28.12 juta merangkumi projek pembinaan laluan pejalan kaki dan jeti di Tanah Bencah Kuching (tapak RAMSAR), naik taraf Panchor Hot Spring di Serian dan pembinaan Baruk di Kampung Gumbang, Bau.

 ??  ?? PERSIDANGA­N: Karim bersama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shim melihat ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n DUN di Kompleks DUN, Kuching, semalam.
PERSIDANGA­N: Karim bersama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shim melihat ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n DUN di Kompleks DUN, Kuching, semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Nick Fletcher Marlinda Mardzuki Mohd Shafik Ahmad
Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Nick Fletcher Marlinda Mardzuki Mohd Shafik Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia