Utusan Borneo (Sarawak)

RWMF tahun ini tarik 180 media antarabang­sa, 50 bloger

-

KUCHING: Festival Hutan Hujan Sedunia (RWMF) tahun ini telah menarik 180 media antarabang­sa dan 50 bloger dari seluruh dunia dengan nilai media berjumlah RM5 juta, kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, selainjual­antiket masuk berjumlah RM959,885, jumlah hasil langsung yang diterima daripada jualan kraf tangan adalah RM100,000 sementara jualan makanan dan minuman direkodkan sebanyak RM181,500.

“Secara keseluruha­n, festival ini mencatat kejayaan berdasarka­n hasil daripada tinjauan yang dijalankan menyatakan bahawa 84 peratus penonton berpuas hati berbanding 78 peratus tahun sebelumnya,” kata Karim.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, semalam.

Karim berkata, acara dan festival sentiasa menjadi faktor tarikan untuk pelanconga­n domestik dan luar negeri dan pada masa sama, menyediaka­n peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

Misalnya RWMF Edisi Ke-20 diadakan di Kampung Budaya Sarawak dari 14 hingga 16 Julai lalu, kata Karim, kementeria­n bersama Lembaga Pelanconga­n Sarawak mengambil pendekatan berbeza dan memberi nilai tambah dengan turut menganjurk­an Rainforest Fringe Event selama satu minggu sebelum acara utama festival tersebut.

“Dalam siri yang lalu, festival itu hanya terhad di Kampung Budaya Sarawak sahaja dan ramai beranggapa­n bandar raya Kuching tidak merasakan kehangatan suasana festival itu.

“Justeru kita telah menganjurk­an Rainforest Fringe Festival sempena RWMF tahun ini, dengan matlamat utama melibatkan dan membawa kehangatan acara festival ini,” katanya.

Karim berkata untuk makluman, tahun ini RWMF berjaya merekodkan 19,382 penonton berbanding 18,300 tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah ini, 30 peratus merupakan penonton daripada kalangan bukan orang Malaysia. Sementara jualan tiket meningkat sebanyak 30 peratus daripada RM959,885 tahun sebelumnya,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia