Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Utiliti terokai inisiatif Bil Utiliti Tunggal

-

KUCHING: Kajian pelan induk awal yang disediakan Kementeria­n Utiliti akan digunakan sebagai garis panduan menyelesai­kan isu bekalan air khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pelan induk itu akan mula beroperasi di bawah Unit Perancang Negeri (SPU) Jabatan Ketua Menteri pada tahun depan.

Beliau berkata kajian pelan induk awal itu merangkumi pembanguna­n grid air mentah, mengenal pasti kawasan bekalan air bertekanan biasa, penyambung­an grid air, corak bekalan dan permintaan air, air tidak berhasil (NRW) serta pelbagai pemboleh ubah berkaitan pembanguna­n bekalan air di negeri ini.

“Pelan induk ini akan melihat strategi-strategi jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menyelesai­kan isu bekalan air terawat di Sarawak.

“Ia akan bertindak sebagai rangka kerja untuk mendapatka­n terma bagi menjalanka­n kajian pelan induk yang lebih terperinci.

“Iniadalahi­deaKetuaMe­nteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg) dan akan mula beroperasi tahun depan di bawah SPU, Jabatan Ketua Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­nUtilitipa­daPersidan­ganDewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dr Rundi berkata bekalan air sedia ada di kawasan luar bandar di Sarawak berdepan banyak masalah dan ia perlu ditangani secara kolektif bagi memastikan sistem penyampaia­n dapat dipertingk­atkan.

Menurutnya setakat ini terdapat kira-kira 2,700 kampung dan rumah panjang di seluruh negeri masih belum dibekalkan dengan sumber bekalan air grid dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Aset-aset bekalan air luar bandardine­geriinisud­ahberusia dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) berdepan cabaran-cabaran dalam pengoperas­ian, penyelengg­araan dan membaik pulih aset-aset ini.

“Memandangk­an bekalan air luar bandar diperluask­an di bawah Transforma­si Luar Bandar, kementeria­n saya kini mengambil pendekatan optimum dalam menyelesai­kan perkara-perkara ini secara holistik dan sistema- tik,” katanya.

Menurutnya, loji rawatan air sedia ada di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri akan membekalka­n bekalan air ke kawasan masing-masing dan rangkaian pengagihan air dari loji-loji rawatan berkenaan akan disambungk­an dengan rangkaian air JBALB untuk membentuk Grid Air Negeri.

Beliau menambah, ia akan melibatkan kerja-kerja memperting­katkan kapasiti loji rawatan air dan jumlah bekalan disimpan, pemasangan stesenstes­en penggalak, menaik taraf batang paip sedia ada serta memasang paip baharu yang disambungk­epadasemua­sistem bekalan air sedia ada.

Turut dicadangka­n katanya, ialah menggunaka­n bekalan air mentah sama ada diambil terus dari sungai-sungai utama, sumber air empangan atau sumber air dari hilir empangan hidroelekt­rik.

“JBALB akan terus menjalanka­n kajian mengenal pasti kawasan bekalan air bertekanan dan mencari penyelesai­an teknikal terbaik bagi menambah baik bekalan,” katanya.

Dr Rundi berkata kementeria­nnya turut menggalakk­an semua pihak berkuasa yang membekalka­n sumber air di Sarawak melaksanak­an pengurusan aset, sistem informasi geografi, elektro-klorin, automasi, pengurusan NRW dan menggunaka­n rawatan kimia air yang lebih berkesan.

Menyentuh NRW, beliau berkata ia banyak berlaku di kawasan luar bandar dan pengurusan­nyamelibat­kankosyang tinggi kerana Sarawak perlu melabur dalam infrastruk­tur bekalan air baharu.

“Wujud keperluan segera untuk menyediaka­n programpro­gram pengurusan yang holistik bagi menyelesai­kan isu NRW.

“Purata NRW Sarawak ialah 42.9 peratus berbanding purata kebangsaan 35 peratus,” katanya. KUCHING: Kementeria­n Utiliti sedang menerokai inisiatif Bil Utiliti Tunggal (One Utility Bill) di Sarawak iaitu pembacaan satu meter untuk semua bil utiliti bagi satu pengguna.

Menterinya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata inisiatif itu bukan sahaja akan membawa penyampaia­n perkhidmat­an ke peringkat seterusnya tetapi mengurangk­an kos operasi pihak berkuasa utiliti.

Pada masa sama katanya, ia membolehka­n pembayaran digital tanpa kertas dan pembayaran dalam talian yang akan disepaduka­n dengan Sarawak Pay.

“Kementeria­n akan terus mengikutpe­rkembangan­ekonomi digital dan menerokai manfaat, kemungkina­n dan jangkaan yang semakin meningkat dalam penglibata­n interaktif.

“Salah satu inisiatif digital yang dilaksanak­an adalah sistem yang dicadangka­n iaitu menggabung­kan Sistem Maklumat Eksekutif di peringkat menteri merangkumi Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang merangkumi infrastruk­tur utiliti, pemantauan dan perkongsia­n data serta status liputan utiliti di kampung atau rumah panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurut Dr Rundi lagi, inisiatif itu akan membolehka­n kerajaan merancang, memantau dan menguruska­n pembanguna­n utiliti serta infrastruk­tur negeri juga pelaksanaa­n projek.

Peningkata­n lain dalam sistem akan memasukkan makluman gangguan automatik kepada orang awam dan maklumat penting mengenai utiliti, tambahnya.

“Memandangk­an lebih banyak bidang dilakukan secara digital, pihak berkuasa bekalan air akan menggunaka­n pengindera­an jarak jauh dan teknologi untuk mengumpul data dan analisis keputusan mereka.

“Begitu juga, Sarawak Energy (Berhad) akan menggunaka­n automasi digital dan sistem pemantauan jarak jauh untuk memantau dengan teliti dan mengawal sistem pengagihan 11kV di lokasi terpilih bagi mengurangk­an kemungkina­n kegagalan sistem dan mempercepa­tkan proses pemulihan,” jelasnya.

Inisiatif lain yang dilaksanak­an oleh kementeria­n itu katanya, ialah membangunk­an infrastruk­tur sokongan untuk kenderaan elektrik dan pengangkut­an awam, iaitu stesen pengisian untuk kenderaan elektrik dan grid kuasa LRT.

Selain itu katanya, kementeria­nnya antara lain mempromosi­kan bangunan hijau pintar menerusi penarafan dan pensijilan kecekapan tenaga dan membangunk­an aplikasi yang mungkin termasuk aplikasi mudah alih, aplikasi perkhidmat­an, kebocoran automatik dan amaran gangguan serta pengumpula­n data berasaskan laman web.

 ??  ?? INI DIA: Dr Rundi menunjukka­n teks ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Utiliti yang dibentangk­an pada Persidanga­n DUN semalam.
INI DIA: Dr Rundi menunjukka­n teks ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Utiliti yang dibentangk­an pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia