Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 562 projek infrastruk­tur dilaksana 23 PBT berjalan lancar

-

KUCHING: Sebanyak 562 projek infrastruk­tur yang dilaksanak­an 23 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri menggunaka­n sebanyak RM53.97 juta peruntukan yang diluluskan kerajaan negeri pada tahun ini, berjalan lancar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata projek- projek tersebut seperti menaik taraf lampu jalan, lampu isyarat, laluan pejalan kaki, tandas awam, perpustaka­an, jeti dan taman rekreasi.

“Daripada 562 projek ini, 518 berada di pelbagai peringkat pelaksanaa­n dan majoriti akan disiapkan dalam tahun ini,” katanya semasa menyampaik­an ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) di sini, semalam.

Sementara mengenai projek tebatan banjir pada tahun ini, Dr Sim berkata sebanyak 97 projek telah diluluskan dengan peruntukan RM45.78 juta, yang akan dilaksanak­an oleh PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jelas beliau, sebanyak 63 projek tersebut akan siap menjelang akhir tahun ini manakala baki 34 projek akan dilaksanak­an pada 2018.

Bagi 16 pasar malam yang diluluskan pada tahun ini di bawah Jawatankua­sa Kabinet Inisiatif Transforma­si Sosioekono­mi, Dr Sim berkata dua telah siap manakala baki 14 berada di pelbagai peringkat pelaksanaa­n dan dijadualka­n siap menjelang akhir tahun ini.

Manakala berhubung Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), beliau berkata kementeria­nnya telah mengubah format penyelengg­araan jalan daripada berasaskan projek kepada berasaskan program.

Jelas beliau, ia bagi membolehka­n semua jalan di bawah PBT dikekalkan untuk standard keselamata­n yang diperlukan.

“Untuk tujuan ini, semua 23 PBT di bawah kementeria­n telah diarah menjalanka­n inventori jalan raya dan longkang yang komprehens­if bagi memudahkan perancanga­n yang lebih sistematik dan kerja penyelengg­araan yang berkesan,” katanya.

Katanya pada tahun ini, kerajaan persekutua­n telah meluluskan geran RM265 juta di bawah MARRIS bagi 23 PBT untuk menyelengg­ara jalan raya, longkang dan infrastruk­tur jalan di bawah bidang kuasa masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia