Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja pembinaan Hospital Petra Jaya, Hospital Sri Aman tidak menepati jadual asal

-

KUCHING: Dengan kerja-kerja pembinaan tidak menepati jadual asal, projek Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman dianjakkan tarikh dijangka siap.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata Hospital Petra Jaya pada asalnya dijadual siap pada November 2016.

Manakala Hospital Sri Aman pada mulanya dijangka siap pada 25 Oktober 2018.

Setakat 22 Oktober 2017, kemajuan projek Hospital Petra Jaya ialah 27.68 peratus.

“Kontraktor telah diberi masa tambahan dan tarikh siap dianjak ke 9 Jun 2017. Bagaimanap­un projek itu masih berhadapan kelewatan.

“Pada masa ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia masih memantau rapi projek bagi memastikan hospital yang amat diperlukan itu siap demi manfaat rakyat Sarawak secepat mungkin,” katanya pada sesi penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Pembinaan dua hospital itu di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Dr Sim berkata, kemajuan projek pembinaan Hospital Sri Aman setakat 28 Oktober 2017 ialah 23.40 peratus berbanding jadual asal sepatutnya 41 peratus.

Justeru, JKR menetapkan semula tarikh penyiapan pada 3 Ogos 2019.

Mengenai isu penyakit anjing gila atau rabies, Dr Sim berkata sejak wabak itu dikesan pada 1 Julai 2017, enam kes disahkan positif membabitka­n lima mangsa maut.

Manakala seorang lagi mangsa masih dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Sarawak.

Setakat 25 Oktober ini, empat bahagian - Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman - merupakan kawasan terjejas wabak ini.

Jabatan Kesihatan Sarawak menerima laporan 4,320 kes gigitan anjing. Daripada jumlah itu, 1,586 kes diberi vaksin.

“Kementeria­n saya bekerjasam­a rapat dengan Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, agensi-agensi kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengawal dan mencegah penularan wabak rabies,” katanya.

Sebagai program pencegahan dan pendidikan, setakat ini 90,000 brosur telah diagihkan kepada orang ramai dan 420 kain rentang diletak di lokasi strategik.

“Sarawak boleh diisytihar­kan bebas rabies apabila haiwan dan manusia kekal bebas daripadany­a dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun,” katanya.

 ??  ?? PENGGULUNG­AN: Dr Sim menunjukka­n teks ucapan penggulung­an Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
PENGGULUNG­AN: Dr Sim menunjukka­n teks ucapan penggulung­an Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Nick Fletcher, Mohd Shafik Ahmad, Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Nick Fletcher, Mohd Shafik Ahmad, Marlinda Mardzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia