Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa inisiatif promosi sistem TVET, kerjaya telah dimulakan

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an bersama agensi berkaitan seperti Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) telah memulakan beberapa inisiatif untuk mempromosi­kan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kerjayanya kepada belia negeri ini.

Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, insiatif itu termasuk program tahunan Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaTFair), program Kesedaran Latihan dan Industri Zon Selatan (TRIA) dan program Bergerak Transforma­si Vokasional Belia (MYTV).

“Bagaimanap­un, banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatk­an persepsi ibu bapa dan pelajar yang menganggap TVET sebagai status sosial yang rendah, prospek kerjaya yang kurang bagus dan umumnya, dikaitkan dengan pencapaian rendah.

“Akibatnya, kira-kira 10,000 hingga 12,000 lepasan sekolah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memasuki pasaran kerja tanpa mempunyai sebarang kemahiran.

“Sekiranya pelajar ini dilatih, mereka akan menyumbang kepada kumpulan pekerja mahir yang diperlukan untuk memacu pembanguna­n ekonomi negeri Sarawak sekali gus menjadi usahawan yang boleh mewujudkan pekerjaan kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, semalam.

Dalam usaha meningkatk­an prestij dan persepsi masyarakat terhadap TVET dan kerjaya dalam bidang itu, Manyin berkata kementeria­n beliau akan bekerjasam­a dengan Menteri Sumber Manusia Malaysia untuk menganjurk­an pertanding­an kemahiran WorldSkill­s Malaysia Sarawak 2017 buat julung kalinya di sini.

“Objektifny­a adalah untuk menaikkan status dan mempamerka­n nilai latihan kemahiran sekali gus da- pat memberi pengiktira­fan kepada pekerja mahir,” katanya. Dalam pada itu, Manyin menjelaska­n bahawa salah satu objektif utama penubuhan Majlis Penyelidik­an dan Pembanguna­n Sarawak adalah untuk menyelaras dan memudahkan usaha pelbagai agensi dan institusi yang menjalanka­n penyelidik­an di Sarawak mahupun institusi yang tidak menjalanka­n sebarang penyelidik­an sendiri.

“Justeru, tidak ada isu duplikasi dan pertindiha­n. Malah, penubuhan majlis ini akan menghapusk­an pertindiha­n dan menyelaras­kan usaha untuk mengoptimu­mkan sumber-sumber kita selain membantu mengkomers­ialkan hasil penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang dilakukan di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, dalam merangka Ordinan Majlis Penyelidik­an dan Pembanguna­n Sarawak, kementeria­n telah mengadakan beberapa pertemuan dengan semua agensi penyelidik­an, universiti dan pihak berkepenti­ngan yang berkaitan untuk mendapatka­n input dan komen daripada mereka.

“Kita akan mengadakan bengkel kerja pada Disember dengan semua pihak berkepenti­ngan dan institusi penyelidik­an untuk menentukan kluster penyelidik­an berkaitan untuk keperluan Sarawak.

“Kita juga dari semasa ke semasa akan membawa kepakaran untuk melibatkan diri dengan pelbagai industri R&D yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia