Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat mangsa dan pelaku sumbang mahram diproses sebelum anjur bengkel menanganin­ya tahun depan

-

KUCHING: Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak ( MPSS) bersama Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan Jabatan Kebajikan M a s y a r a k a t ( J K M ) Sarawak kini sedang memproses maklumat tentang mangsa dan pelaku bagi kes sumbang mahram sebelum menganjurk­an bengkel untuk menangani isu tersebut pada 2018.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata kes jenayah seksual sumbang mahram Sarawak menunjukka­n peningkata­n setakat Oktober tahun ini.

Beliau menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap isu tersebut berdasarka­n jumlah kes yang direkodkan.

Mengulas lanjut katanya, sebanyak 14 kes sumbang mahram direkod pada 2014 dan jumlah itu meningkat kepada 21 kes pada 2015.

Bagaimanap­un jumlah kes itu menurun sebanyak lapan kes kepada 13 kes pada 2016 sebelum meningkat kepada 18 kes setakat Oktober tahun ini.

Dalam ucapan penggulung­annya pada Persidanga­n DUN semalam, Fatimah turut mendedahka­n tentang pendidikan seksual yang diajar di sekolah sebagai pengetahua­n kesihatan reprodukti­f.

“Kementeria­n kami dan pertubuhan bukan kerajaan juga memberi kesedaran, pengetahua­n dan kompetensi tentang pendidikan seksual di Sarawak,” katanya.

Dari sudut perundanga­n pula, selain undang- undang jenayah yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan dan Akta Kanak- Kanak yang melindungi seseorang yang teraniaya dari segi seksual, satu lagi undang- undang yang lebih komprehens­if iaitu Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 ( Akta 792) telah mula berkuat kuasa pada 10 Julai 2017.

Menurutnya, ia dikuatkuas­akan dengan matlamat utama melindungi kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah daripada menjadi mangsa jenayah seksual dengan skop yang lebih luas dan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah.

 ??  ?? BERSAMA: Fatimah bersama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus ketika ditemui sebelum menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n DUN di Kuching semalam.
BERSAMA: Fatimah bersama Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus ketika ditemui sebelum menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n DUN di Kuching semalam.
 ??  ?? TEKS UCAPAN: Talib menunjukka­n teks ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n DUN, semalam.
TEKS UCAPAN: Talib menunjukka­n teks ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n DUN, semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Nick Fletcher, Mohd Shafik Ahmad, Marlinda Mardzuki
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Nick Fletcher, Mohd Shafik Ahmad, Marlinda Mardzuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia