Utusan Borneo (Sarawak)

6,624 permohonan Pendaftara­n Lewat Kelahiran diterima sehingga 8 November

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahka­n bahawa sebanyak 6,624 permohonan Pendaftara­n Lewat Kelahiran diterima oleh kementeria­nnya sehingga 8 November lalu.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, Panel Program Pembanguna­n Komuniti (PPK) di lapangan dan jawatankua­sa teknikal telah meluluskan sebanyak 4,512 permohonan.

Manakala 2,069 permohonan ditolak atas alasan tanpa pengesahan ketua kaum dan ketua masyarakat, memberi keterangan yang bercanggah dan pemohon merupakan warganegar­a asing.

Sementara itu katanya, sebanyak 43 permohonan lagi masih dalam pertimbang­an.

“Sehingga 8 November 2017, terdapat 153 operasi PPK telah dijalankan di seluruh pelosok negeri Sarawak.

“Ia merupakan mekanisme pelaksanaa­n ‘task force’ melibatkan kaedah pengesahan status pemohon oleh pemimpin tempatan Sarawak sendiri (ketua kaum dan ketua masyarakat) melalui Akuan Berkanun yang disediakan,” katanya.

Menjelaska­n perkara itu, ia sekali gus menjawab isu yang dibangkitk­an Baru Bian (PKR-Ba’Kelalan).

Katanya, Jabatan Pendaftara­n Negara, Negeri Sarawak melalui Unit Khas Bergerak telah menjalanka­n program- program pendaftara­n bergerak ke kawasan pedalaman.

Mengulas mengenai isu pengenalan diri, Fatimah berkata sehingga Oktober 2017, sejumlah 224 permohonan telah diterima, dinilai dan dimajukan kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

“Dalam perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri pada 5 November, jawatankua­sa telah diberi jaminan bahawa semua permohonan yang telah dikemukaka­n akan diketahui keputusann­ya pada 1 Disember 2017,” katanya.

Tambahnya, bagi permohonan kewarganeg­araan yang dikemukaka­n sebelum penubuhan jawatankua­sa khas tersebut, pihak KDN menasihati pemohon agar merujuk semula kes mereka dengan pihak JPN Sarawak sekiranya belum mendapat sebarang jawapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia