Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa program penyebaran mesej integriti dirancang tahun depan

-

KUCHING: Beberapa program dirancang untuk dilaksanak­an sepanjang tahun depan, bagi mencapai sasaran dan memastikan mesej integriti diterjemah dalam aktiviti seharian masyarakat negeri ini.

Menurut Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, antaranya adalah jerayawara integriti dengan kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan agensi lain yang akan dikenal pasti.

“Sasaran program ini adalah bandar-bandar kecil di Sarawak sebagai usaha kita untuk mendekati masyarakat dan komuniti setempat selari dengan aspirasi kerajaan negeri dan Malaysia amnya,” katanya dalam ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Talib menambah, turut dirancang amanat integriti, yang merupakan kesinambun­gan daripada Amanat Integriti Bersama Ketua Menteri yang akan dipanjangk­an ke peringkat akar umbi.

Katanya, program ini akan melibatkan semua ketua masyarakat, ketua kaum dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di semua bahagian negeri ini.

Selain itu, katanya pemantapan ombudsman juga akan diadakan untuk memantapka­n pengaduan awam khususnya mengenai salah laku dan isu integriti.

Katanya pada masa ini, salah satu saluran komunikasi yang digunakan oleh rakyat untuk menyampaik­an aduan, penghargaa­n, pertanyaan, permohonan perkhidmat­an dan cadangan adalah melalui TALIKHIDMA­T.

“Setakat November ini, sebanyak 26,746 respons telah diterima dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 90.23 peratus respons telah diselesaik­an merangkumi 24,134 respons,” katanya.

Dalam pada itu, Talib berkata kerajaan negeri sentiasa memberi komitmen tinggi dalam usaha memantap dan menambah baik pelaksanaa­n ombudsman dan salah satu strategi itu adalah mengadakan ‘amalan terbaik penandaara­san’ dalam dan luar negara.

Beliau berkata penandaara­san tersebut bertujuan mendapat amalan terbaik yang boleh diaplikasi­kan di peringkat negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia