Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa cadangan bebaskan masyarakat daripada gejala dadah dipersetuj­ui

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak bersetuju dengan beberapa cadangan pihak penguat kuasa dalam usaha membebaska­n masyarakat daripada gejala dadah.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah mendedahka­n bahawa antaranya Jabatan Kimia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak diberi kemudahan dan keupayaan untuk melaksanak­an semua ujian air kencing.

Di samping itu, mewujudkan mahkamah dan sumber manusia berkelayak­an di peringkat daerah bagi menyelesai­kan kes dengan cepat dan sekali gus mengurangk­an ‘backlog’ kes-kes yang berkaitan.

Beberapa perkara lain, katanya berkaitan dengan usaha mewujudkan Akta Bahan Memudaratk­an bagi memasukkan bahan yang mempunyai kesan sama seperti dadah.

“Ia termasuk gam, cat, gasolin, cecair liqur,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n DUN Sarawak di sini semalam.

Kementeria­nnya turut menghalang kemasukan individu dari luar Sarawak yang mempunyai rekod jenayah dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya ( LangkahLan­gkah Pencegahan Khas) 1985.

Menurut Fatimah, pihaknya bersetuju mewujudkan mekanisme untuk mengesan dan memantau pelajar-pelajar asing yang mempunyai rekod terdahulu berkaitan dadah.

Selain itu, mekanisme untuk menangani isu penagihan dan pengedaran dadah dengan kaedah ‘ snowballin­g’ juga diwujudkan untuk mempe- rolehi maklumat daripada pelajar yang positif ujian air kencing.

Fatimah mengakui isu dadah sememangny­a menjadi kebimbanga­n kepada semua pihak.

Justeru, bagi memastikan isu tersebut ditangani dengan lebih sistematik dan berkesan, kementeria­nnya memberi tumpuan terhadap penyelaras­an tindakan.

Beliau menggesa semua pihak terus menjalin kerjasama memerangi ancaman dadah yang kini kian menular dalam masyarakat demi kesejahter­aan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia