Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mengekspor­t 350 babi hidup dengan penghantar­an pertama ke Singapura semalam

-

KUCHING: Sarawak mengekspor­t sebanyak 350 babi hidup dengan penghantar­an pertama ke Singapura semalam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata syarikat Breeder Sdn Bhd dari Pig Farming Area (PFA) di Pasir Puteh Simunjan, sebelum ini mengekspor­t 90 tan metrik daging babi beku sejak Februari 2015 secara bulanan dengan pemasaran di bawah jenama ‘Borneo Pork’.

“Pasaran Singapura memerlukan babi hidup, kini sumber adalah dari sebuah pulau di Indonesia, kita ( Sarawak) adalah yang kedua.

“Ini adalah peluang bagi kita kerana mereka memerlukan 1,200 babi hidup sehari untuk dihantar ke Singapura.

“Ini bermaksud ia merupakan pasaran baharu untuk babi hidup dan produk makanan bagi kita, sekali gus berusaha untuk mencapai

Pasaran Singapura memerlukan babi hidup, kini sumber adalah dari sebuah pulau di Indonesia, kita (Sarawak) adalah yang kedua. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

impian Ketua Menteri pada suatu hari nanti, kita menjadi pengekspor­t produk makanan bersih,” katanya.

Uggah berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksika­n pengekspor­tan kumpulan pertama babi hidup di Lembaga Pelabuhan Kuching semalam.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu menambah, Sarawak mempunyai potensi besar kerana ia mempunyai kawasan tanah yang luas.

Dengan eksport pertama ini, katanya ia akan meyakinkan petani dan usahawan Sarawak, dan berharap lebih banyak daripada mereka akan datang dan mengambil bahagian dalam menghasilk­an produk makanan.

“Sebelum ini, produk yang dieksport perlu mematuhi keperluan yang ketat oleh Kerajaan Singapura.

“Satu kelebihan yang baik adalah kita tidak mempunyai penyakit kaki dan mulut dan kita mesti mengambil kesempatan daripada keadaan ini,” katanya.

Beliau turut merayu kepada semua petani menjaga haiwan ternakan mereka agar sentiasa bebas daripada penyakit itu.

Sementara itu, Pengarah Green Breeder Sdn Bhd Dr Ng Siew Thiam berkata selepas penghantar­an pertama itu, pihaknya akan menghantar 200 babi hidup setiap hari ke Singapura.

“Untuk kumpulan pertama hari ini, kami menghantar 350 babi hidup dan seterusnya 200 babi hidup sehari selepas ujian dijalankan, maka ia akan dilancarka­n di Singapura pada Januari 2018,” katanya.

Beliau berkata perjalanan akan mengambil masa 50 jam untuk sampai ke Singapura.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn.

 ??  ?? ALBUM: Khairul (tiga kiri), Henry, Seburizal bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Daerah Lawas sebelum membuat persembaha­n.
ALBUM: Khairul (tiga kiri), Henry, Seburizal bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Daerah Lawas sebelum membuat persembaha­n.
 ??  ?? LESEN: Uggah dan Dr Ng menunjukka­n Lesen Eksport dan Sijil Kesihatan Veterinar semasa ditemui di Kuching semalam.
LESEN: Uggah dan Dr Ng menunjukka­n Lesen Eksport dan Sijil Kesihatan Veterinar semasa ditemui di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia