Utusan Borneo (Sarawak)

Huru-hara, politik tidak stabil jejas kemasukan pelabur

-

LAWAS: Keadaan huru-hara dan ketidaksta­bilan politik serta keselamata­n negara ini boleh menjejaska­n kemasukan pelabur luar.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata keadaan itu turut memberi kesan kepada rakyat negara ini yang berdepan kesukaran menjalanka­n perniagaan.

Ini kerana katanya, keadaan negara tidak selamat serta terancam akibat keadaan politik serta keselamata­n tidak terjamin.

“Justeru, semua rakyat perlu memastikan keamanan, kesepakata­n dan toleransi antara kaum dapat diperkukuh,” katanya sambil menambah, perpaduan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk negara bergerak mencapai status negara maju.

Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam Sambutan Hari Penjaja Seluruh Malaysia 2017 sempena Ulang Tahun Persatuan Penjaja Lawas Ke-40 anjuran Persatuan Penjaja Lawas yang ditaja Gabungan Persatuan Penjaja Bersama Peniga Kecil Sarawak di Stadium Tertutup Lawas malam kelmarin.

Turut hadir Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim dan pengerusi pengelola Tie Sing Hai.

Lebih 1,000 tetamu terdiri daripada ahli jawatankua­sa tertinggi persatuan penjaja seluruh Malaysia menghadiri majlis itu.

Ahli Parlimen Lawas itu berkata lagi keamanan hari ini memberi banyak ruang untuk masyarakat peniaga khususnya penjaja kecil dan sederhana untuk berjaya membina kehidupan lebih baik.

Beliau menambah bahawa kerajaan sentiasa menyokong usaha penjaja memainkan peranan besar menggerak ekonomi negara agar terus kekal stabil dan berdaya saing.

“Kerajaan melalui pelbagai agensi kerajaan menyediaka­n bantuan kepada golongan penjaja untuk memulakan perniagaan mahupun dalam membesarka­n lagi bidang perniagaan mereka,” katanya.

Golongan peniaga berjaya ujarnya, perlu terus memberi sumbangan terhadap perkembang­an ekonomi negara.

 ??  ?? BERI SOKONGAN: Henry (kanan) menyampaik­an geran kerajaan kepada Pengerusi Persatuan Foochow Lawas Yong Kah Chu pada majlis berkenaan.
BERI SOKONGAN: Henry (kanan) menyampaik­an geran kerajaan kepada Pengerusi Persatuan Foochow Lawas Yong Kah Chu pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia