Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan komited laksana pembanguna­n

-

LAWAS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus komited melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n berorienta­sikan rakyat meskipun berdepan pelbagai spekulasi negatif dan tidak betul berhubung kewangan negara.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata kerajaan akan meneruskan segala rancangan projek pembanguna­n bagi memastikan segala janji dapat ditunai sebaiknya.

“Kita tidak harus percaya dengan tohmahan mengatakan negara kehabisan wang dan sebagainya sedangkan projek pembanguna­n masih berterusan serta keper- luan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysi(BR1M) dan penjawat awam melalui bantuan khas kewangan juga dapat dilaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesye­n Tabika dan Taska KEMAS Daerah Lawas di sini kelmarin.

Turut hadir Pegawai KEMAS Bahagian Khairul Amri Abdul Rahman, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Abdul Kadir dan Pegawai KEMAS Daerah Lawas Mohd Seburizal Said.

Seramai 100 kanak-kanak daripada kelas tabika dan taska KEMAS seluruh daerah Lawas menerima sijil pada majlis konvokesye­n tersebut.

Ahli Parlimen Lawas itu berkata, tumpuan kerajaan dalam menyediaka­n prasarana pembanguna­n digital merupakan keperluan yang selari dengan dunia hari ini.

Oleh itu anak-anak katanya, perlu dilengkapi dengan segala ilmu pengetahua­n dan kecekapan menguasai bahasa penting menjadikan mereka sebahagian daripada penggerak kemajuan dan bukannya golongan yang terpinggir.

Anak-anak menurut beliau, harus terus digalak membudayak­an amalan membaca khususnya penulisan dalam bahasa Inggeris untuk mendedahka­n mereka dengan bahasa penting dunia hari ini.

“Bagi anak-anak kita di kawasan pedalaman dan luar bandar di Lawas ini boleh menggunaka­n bahan bacaan seperti akhbar berbahasa Inggeris antaranya The New Sarawak Tribune, Borneo Post dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk hala tuju anak untuk berjaya dalam kehidupan dan tidak terpinggir daripada pembanguna­n pantas yang dipacu era teknologi digital.

Justeru, pendidikan peringkat awal harus didedah dengan ilmu teknologi moden khususnya di kelas tabika mahupun taska KEMAS di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia