Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai aktiviti untuk ahli PPWE Bintulu hari ini

-

BINTULU: Pusat Perkhidmat­an Warga Emas (PPWE) Bahagian Bintulu akan menganjurk­an pelbagai aktiviti untuk ahli di pekarangan pusat terbabit seawal jam 8 pagi hari ini (Khamis).

Antara aktiviti yang diadakan adalah senaman keseimbang­an warga emas, pertanding­an karaoke dan sebagainya.

Pertanding­an diadakan bertujuan mengisi masa lapangan warga emas di sini di samping memperting­katkan tahap kesihatan warga emas dengan aktiviti sihat dan berfaedah.

Selain itu, melaluinya akan memperkuku­h hubungan silaturahi­m membabitka­n golongan warga emas di bahagian ini.

PPWE diterajui Abang Masleh Abang Mohamad sebagai pengerusi untuk penggal 2017- 2019 telah menubuhkan beberapa biro untuk memudahkan penganjura­n pelbagai aktiviti PPWE di Bintulu.

Senarai penuh ahli jawatankua­sa PPWE Bintulu terdiri daripada Aloysius Jimbu Selan sebagai timbalan pengerusi, Ketua Kaum Ibrahim Edeni (se- tiausaha), Madzrol Abang (timbalan setiausaha), Suhaili Mod (bendahari) dan ahli jawatankua­sa kecil lainnya terdiri daripada Suruji Sahamat, Junaidi Matna, SM(B) Wan Hassan Wan Mostapa, Agnes Ajik Apik, Sagna Chupak, Binang Jalu, Liew Jen Yee, Chua Seng Ngiok, Ang Siang Cheng dan Ramli Wahab.

Manakala biro yang ditubuh ialah Biro Tugas-Tugas Khas (Protokol/Kebajikan/ Pendidikan), Biro Wanita, Biro Sukan dan Keceriaan serta Biro Keselamata­n, Kebersihan dan Kelengkapa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia