Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan bencana efisien beri kesan positif kepada mangsa

-

BETONG: Pengurusan bencana efisien mampu memberi kesan positif kepada mangsa bencana sekali gus tidak menimbul reaksi yang boleh mewujudkan situasi tegang ketika berlaku musibah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Betong fokus melibatkan diri dalam pengurusan bencana dengan menganjur Program Latihan dan Simulasi Bencana Bahagian Betong bersama beberapa agensi yang aktif membantu ketika berlaku bencana.

Penglibata­n 15 agensi kerajaan dan sukarelawa­n menjayakan program dengan menerapkan pelbagai aktiviti dalam latihan tersebut membuktika­n persiapan rapi dilakukan pihak bertanggun­gjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu berkesempa­tan berkunjung dan melihat program dianjur JKM Be- tong di Dewan Tan Sri Alfred Jabu, SMK St Augustine Betong dekat sini.

Beliau bangga dengan persiapan JKM Betong yang bertindak sebagai perencana dalam program memberi pendedahan kepada agensi terlibat.

Langkah diambil agensi pelaksanaa­n dalam pen- gurusan bencana bahagian Betong ini merupakan persiapan awal menghadapi bencana bahagian ini malah menekankan kaedah menyelamat dan membantu mangsa terlibat.

Persiapan dilakukan cukup rapi dan bersedia menghadapi kemungkina­n berlaku sebarang musibah.

Pihaknya yakin dan percaya tindakan diambil agensi terlibat sebagai langkah permulaan positif dalam persiapan membantu mangsa.

Dalam latihan dan simulasi berkenaan terdapat mangsa diselamat melibatkan 100 penduduk dari Rumah Melaban dan Rumah Jugir masingmasi­ng seramai 50 orang.

 ??  ?? FOKUS: Rentap mendengar penerangan daripada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong Leftenan (PA) Desem Samuel berhubung latihan yang dijalankan.
FOKUS: Rentap mendengar penerangan daripada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong Leftenan (PA) Desem Samuel berhubung latihan yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia