Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa didakwa bunuh bayi perempuan

-

PETALING JAYA: Akibat memukul kepala teman wanita menggunaka­n tukul besi, seorang penganggur didenda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhka­n hukuman itu terhadap A. Kesavan, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederak­an kepala B. Vekaneswar­i, 29, dengan menggunaka­n tukul besi di sebuah rumah di Kelana Jaya, di sini, pada 2.30 petang, 3 Okt lepas.

Bekas pemandu bas itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman berbentuk denda yang ringan dengan alasan dia telah insaf, bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran. — Bernama KUALA KUBU BHARU: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan membunuh bayi perempuan kandungnya yang berusia setahun, yang ditemukan ditutupi selimut dengan kesan kecederaan teruk di kepala, awal bulan ini.

Tertuduh Francis Lim Jeum Huen, 21, didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabka­n ke- matian bayi perempuann­ya, Lim En Xing di sebuah unit pangsapuri di Apartment Widuri 1, Sek BB 18, Bukit Beruntung 3, Rawang, dekat sini antara jam 8.30 malam dan 9.30 malam, 1 Nov lepas.

Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hakim Zulhelmy Hasan menetapkan 13 Dis untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amin Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia