Utusan Borneo (Sarawak)

Perumahan keperluan asas rakyat, perlu kelonggara­n bayaran balik

-

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang mengambil pinjaman perumahan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) perlu diberi kelonggara­n dalam pembayaran balik dan bukannya dikekang dengan syarat pendapatan bersih mereka mestilah sekurangku­rangnya 40 peratus gaji bulanan mereka.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan melihat perumahan sebagai keperluan asas rakyat, dan berpendapa­t perlu ada kelonggara­n dalam permohonan pinjaman.

Katanya pekeliling sedia ada disediakan dengan potongan maksimum sehingga 60 peratus daripada gaji bulanan bagi penjawat awam, dengan pendapatan bersih berbaki 40 peratus.

“Tetapi dalam kes ini, kita menyediaka­n perumahan untuk kakitangan awam iaitu program PPA1M ( Projek Perumahan Awam 1Malaysia), jadi kami telah meminta unit yang bertanggun­gjawab untuk pinjaman bagi penjawat awam di bawah Perbendaha­raan supaya lebih fleksibel.

“Apabila mereka mencapai tahap 60 peratus (potongan maksimum), mereka tidak boleh meminjam untuk perumahan. Jadi kami katakan untuk perumahan, mereka akan diberikan pengecuali­an,” katanya kepada pemberita selepas menerima Laporan baharu Bank Dunia mengenai Meningkatk­an Prestasi Sektor Awam: Pengalaman Malaysia dengan Menstransf­ormasikan Pentadbira­n Tanah di sini semalam.

Pekeliling baharu mengenai kelonggara­n itu dikongsi melalui akaun Facebook Ali kelmarin.

Ditanya sama ada langkah itu akan menimbulka­n masalah hutang pemohon, Ali berkata perumahan dan

Tan Sri Dr Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara

hutang isi rumah lain tidak sepatutnya diletakkan di bawah kategori yang sama.

“Dalam kes ini, kami merasakan untuk perumahan, ia adalah keutamaan bagi penjawat awam, kami ingin melihat setiap penjawat awam memiliki rumah sendiri, kami tidak mahu pinjaman menjadi penghalang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKU LAPORAN: Ali Hamsa (tengah) menunjukka­n buku laporan ‘Enhancing Public Sector Performanc­e-Malaysia’s Experience with Transformi­ng Land Administra­tion’ bersama Faris (kiri) dan Azizan di Sasana Kijang Bank Negara, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BUKU LAPORAN: Ali Hamsa (tengah) menunjukka­n buku laporan ‘Enhancing Public Sector Performanc­e-Malaysia’s Experience with Transformi­ng Land Administra­tion’ bersama Faris (kiri) dan Azizan di Sasana Kijang Bank Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia