Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa khas NBOS rancang strategi tingkat pendapatan rakyat

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan menjalin kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia untuk menangani salah laku disiplin murid, antaranya pelantikan pegawai polis sebagai pegawai perhubunga­n sekolah.

Timbalan Menteri Pen- didikan Datuk Chong Sin Woon berkata pegawai itu bertanggun­gjawab mengadakan lawatan ke sekolah bagi memantau perkembang­an disiplin murid serta mengadakan ceramah dan pameran berkaitan pencegahan jenayah dan keselamata­n jalan raya. .

“Mereka juga akan melakukan perbincang­an dengan pihak pengurusan sekolah mengenai perlakuan murid yang bermasalah, selain mengadakan sesi khidmat nasihat dan panduan keselamata­n kepada murid dalam perhimpuna­n sekolah,” katanya di Dewan Rakyat, di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang ingin tahu tanggungja­wab pegawai perhubunga­n sekolah secara terperinci dalam membantu pihak sekolah menangani isu disiplin murid. — Bernama KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Jawatankua­sa Khas Kabinet bagi Menangani Kos Sara Hidup Rakyat sentiasa membincang­kan pelbagai strategi melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam usaha meningkatk­an taraf hidup rakyat termasuk strategi khusus bagi menangani isu kemiskinan bandar secara holistik.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agung berkata antara usaha yang diambil ialah menubuhkan jawatankua­sa harga bersama beberapa kementeria­n dan agensi berkaitan untuk meli- hat isu di sepanjang rantaian pengedaran, dan Tabung Bantuan Khas Persekutua­n berpusat bagi mengumpul dana tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

“Lebih 100 buah syarikat telah berdaftar di bawah dana CSR ini dengan anggaran kutipan dana sebanyak RM7 juta pada 2016 dan telah disalurkan kepada institusi berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti Pertubuhan Sukarelawa­n Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Jawatankua­sa Khas ini juga dari masa ke masa akan mengkaji strategi dan pelan tindakan berkaitan kos sara hidup untuk meningkatk­an kualiti hidup dan memastikan kesejahter­aan rakyat terbela,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah ( BN- Lenggong) mengenai tindakan yang telah dilaksanak­an kerajaan dalam menangani isu peningkata­n kos sara hidup melalui NBOS. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia